Lapan Artis Dikurung Di Tempat Seram Dalam 'Panik'

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Redzuan Hashim
Redzuan Hashim

PETALING JAYA: Seramai lapan orang selebriti diuji apabila mereka diletakkan di tempat-tempat seram yang pernah menjadi bualan masyarakat menerusi rancangan terbaru ntv7, Panik.

Menurut penerbitnya, Aeizull Reeza Ismail, para selebriti itu dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap individu akan menjadi mangsa kurungan dalam sebuah rumah atau bangunan gelap di tiga lokasi terpilih iaitu Muzium Perang di Pulau Pinang, Bukit Cerakah, Shah Alam dan Istana Kellie's, Perak.

"Panik akan menguji mental dan fizikal peserta. Walaupun bunyinya nampak senang, tetapi ia agak sukar untuk dilaksanakan.

"Setiap episod, peserta akan bergilir-gilir menjadi mangsa kurungan dalam kumpulan masing-masing dan kemudian ahli-ahli lain akan mencari maklumat atau 'kunci' untuk mengeluarkan mangsa tersebut," katanya.

Tambah Aeizull, rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic.

Menariknya tentang rancangan ini, sepanjang ujian yang diberikan, terdapat elemen-elemen drama apabila beberapa peserta bertelingkah dan pada episod kelima, penyingkiran kumpulan akan dilakukan.

"Bagaimanapun, pada episod keenam, kumpulan yang berjaya itu akan melalui ujian secara individu dan keempat-empat mereka akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM8,000.

"Dalam pada itu, kumpulan terbaik akan menerima hadiah sagu hati sebanyak RM2,000 (RM500 setiap seorang)," ujarnya.

Panik menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri.

Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 5 Disember depan pukul 8.30 malam di ntv7.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan