Hana (Elite) Nekad Enggan Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hana Adnan. Foto RAYMOND OOI
Hana Adnan. Foto RAYMOND OOI

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana Adnan merasakan dunia seni bukan bidang yang sesuai untuknya dan tidak akan beralih ke bidang yang pernah disertainya sebelum ini.

Hana atau nama sebenarnya, Norhanasafiza Mat Adnan, 34, berkata, selepas melihat kegagalannya sebagai penyanyi sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2007, dia terus meninggalkan bidang itu dengan mencari kerjaya lain yang sesuai.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan hidup sekarang. Saya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam di sebuah restoran dan ia lebih serasi dengan status saya sebagai ibu tunggal.

"Kegagalan menjadi seorang penyanyi membuktikan bahawa ia sebenarnya tidak sesuai dengan saya. Sebab itu saya nekad untuk tidak akan kembali ke dunia seni," katanya.

Tambah ibu kepada Alayana Daniella, 10, dan Aaron Danial, 9, ini, sejak beralih ke bidang baru, dia langsung tidak merindui karier nyanyian yang pernah disertainya bersama kumpulan Elite sekitar tahun 2000.

"Sebenarnya, saya sertai Elite pun atas sebab menggantikan ahlinya yang sudah menarik diri.

"Kemudian, apabila saya senyap dan membuat kemunculan semula pada tahun 2007, hasilnya kurang memuaskan. Ada hikmahnya selepas apa yang berlaku, kerjaya seni mungkin bukan untuk saya.

"Bagaimanapun, saya ada melakukan sedikit kerja-kerja peragawati jika mempunyai masa terluang," ujarnya.

Hana menyepikan diri daripada dunia seni hiburan sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dengan abang kepada artis Sasha Saidin iaitu Adam. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak kekal apabila bercerai pada Januari 2007.

Sementara itu, beritahu Hana, dia kini begitu bahagia bersama dua anaknya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan