Ashton Kutcher & Demi Moore Enggan Teruskan Proses Cerai

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashton dan Demi pernah dilabel sebagai pasangan yang paling romantik dikalagan selebriti Hollywood.
Ashton dan Demi pernah dilabel sebagai pasangan yang paling romantik dikalagan selebriti Hollywood.

SETELAH setahun mengumumkan perpisahan, Ashton Kutcher dan Demi Moore masih belum bercerai secara rasmi dan khabarnya pasangan itu tidak berniat untuk melakukan proses selanjutnya.

Seperti dilaporkan oleh Digital Spy, baik Ashton mahupun Demi, mereka seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan proses cerai dan menurut laporan itu peguam kedua-dua belah pihak juga tidak menerima sebarang arahan daripada anak guam masing-masing.

Sebelum ini juga, terdapat banyak spekulasi tentang perkahwinan mereka dan salah satunya mereka dikatakan tidak pernah bernikah secara rasmi.

Malah mereka juga dikatakan belum mencapai kata sepakat untuk membahagikan harta sepencarian sebelum bercerai dan wakil pasangan itu menepis dakwaan tersebut.

Demi telah memfailkan permohonan cerai terhadap Ashton pada November 2011 kerana suaminya itu telah curang terhadapnya.

Ashton pula kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Mila Kunis dan mereka pernah bekerjasama dalam siri komedi The 70's Show.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan