Kuswadinata Stabil, Bakal Jalani Rawatan Susulan

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaharu Kuswadinata yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit.
Wajah terbaharu Kuswadinata yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, akan dimasukkan semula ke Hospital Ampang dalam waktu terdekat bagi menjalani rawatan susulan terhadap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata, selain rawatan susulan, suaminya itu akan menjalani kemoterapi yang dijadualkan pada 23 November depan.

"Selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada 24 Oktober lalu keadaan beliau stabil namun doktor mahu suami saya dimasukkan ke hospital semula bagi memantau keadaan dan menjalani rawatan susulan terhadap penyakit yang dihidapinya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui semasa lawatan Ketua Wanita Umno, Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, di kediaman pelakon veteran itu di Ampang di sini pada Rabu.

Turut hadir Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan seniwati, Datuk Sarimah Ahmad.

Dalam pada itu, Kamariah memberitahu, suaminya itu hilang selera makan sejak dimasukkan ke hospital namun masih mempunyai semangat tinggi untuk melawan penyakitnya yang kritikal.

"Kami sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya kuat semangat untuk melawan penyakit dan Alhamdulillahlah saya lihat beliau sangat tabah menghadapi dugaan ini," jelasnya.

Manakala Kuswadinata yang kelihatan ceria dengan kehadiran rakan-rakan memberitahu sangat terharu dengan sokongan yang diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus melawat dan menghulurkan bantuan.

"Tidak dapat saya balas jasa mereka sehingga akhir hayat saya kerana tidak jemu-jemu keluarga dan rakan-rakan datang menziarahi saya dari hari saya dimasukkan ke hospital sehingga kini.

"Mereka adalah insan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapi," ujarnya.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Sebelum ini, anak bongsunya Rizal, 23, memberitahu keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.

Dalam perkembangan sama, Sarimah memberitahu sebagai rakan seangkatan beliau sangat bersimpati dengan keadaan Kuswadinata dan akan berusaha sebaik mungkin untuk membantunya.

Selain Rizal, Kuswadinata mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan