Heidi Klum Batalkan Parti Halloween Kerana Taufan Sandy

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Heidi membatalkan parti Halloween yang ingin dianjurkannya kerana Taufan Sandy yang sedang melanda di New York, Amerika Syarikat.
Heidi membatalkan parti Halloween yang ingin dianjurkannya kerana Taufan Sandy yang sedang melanda di New York, Amerika Syarikat.

SUPERMODEL terkenal Heidi Klum membatalkan hasrat untuk mengadakan pesta Halloween selepas Taufan Sandy melanda New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Pembatalan pesta itu juga telah mengecewakan peminat model yang berasal dari Jerman ini namun Heidi menjelaskan dia akan membuat kejutan pada Hari Krismas nanti.

"Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dalam Taufan Sandy berada dalam keadaan baik. Walaupun saya membatalkan sambutan Hari Halloween namun saya berjanji akan mengadakan kejutan buat peminat pada Hari Krismas nanti," katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Walaupun ramai yang kecewa dengan pembatalan parti tersebut namun peminat Heidi mula teruja dengan kejutan yang bakal dibuat nanti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan