Penerbit Drama Bingung Stesen TV 'Ikat' Artis

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Artis dan pihak produksi yang terlibat menjayakan drama 'Persona Sukma' terbitan Bright Network Sdn. Bhd.
Artis dan pihak produksi yang terlibat menjayakan drama 'Persona Sukma' terbitan Bright Network Sdn. Bhd.

PETALING JAYA: Penerbit drama Raja Alawiah Idris berhadapan dengan dilema apabila terdapat stesen televisyen yang mengambil pendekatan 'mengikat' sebahagian artis-artis popular supaya dapat berlakon bawah drama yang diterbitkan untuk saluran stesen mereka sahaja.

Pemilik produksi Bright Networks Sdn Bhd itu berkata, tindakan tersebut menyebabkan pihaknya gagal untuk mendapatkan khidmat daripada pelakon terkenal sebagai 'pelaris' untuk drama yang ingin diterbitkan bagi siaran televisyen saluran bertentangan.

"Pertambahan stesen televisyen di negara ini adalah satu perkara yang sangat membanggakan dan ia membuka ruang kepada penerbit seperti saya untuk menghasilkan lebih banyak program dan drama.

"Namun apabila pihak stesen TV mula 'mengikat' sesetengah pelakon yang sedang menjadi rebutan, jadi agak payah untuk sesebuah karya yang saya terbitkan dihiasi dengan wajah pelakon popular tertentu," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

mStar Online difahamkan pada masa ini stesen televisyen milik Media Prima Berhad dan juga Astro melakukan pendekatan dengan menilai terlebih dahulu barisan pelakon dalam sesebuah karya sebelum membenarkan pihak penerbit memulakan penggambaran.

Malah stesen berkenaan akan mencadangkan nama-nama tertentu yang difikirkan layak sehingga menjadikan artis yang sama muncul menerusi drama-drama yang disiarkan menerusi saluran masing-masing.

Dalam pada itu, Raja Alawiah berkata, terdapat segelintir artis termasuk muka-muka baru yang mula besar kepala apabila menjadi 'anak emas' sesebuah stesen televisyen sehingga tidak menghiraukan perjanjian yang telah dibuat dengan sesebuah syarikat produksi.

Kata Raja Alawiah, mereka berani berbuat demikian kerana mendapat sokongan pihak lain selain tawaran yang diterima tidak putus-putus sekiranya muncul di saluran yang dianggap popular.

"Mereka sudah tidak hairan kerana jika mereka batalkan persetujuan untuk berlakon dengan syarikat A sebagai contoh, masih banyak produksi lain yang menunggu.

"Sebab itu saya kata, industri kita meningkat tetapi penghargaan orang di dalamnya semakin menurun," jelasnya.

Bagaimanapun kata Raja Alawiah, beliau masih bersyukur kerana syarikat produksinya masih menghasilkan drama bersiri dan telefilem walaupun menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelakon yang baik dan popular.

Malah syarikatnya pada tahun ini berjaya menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 60 peratus karya dapat dihasilkan

"Istilah putus asa tidak pernah ada dan senario yang didedahkan bukanlah melambangkan situasi industri secara keseluruhan," katanya.

Terdahulu pada Ahad lalu beliau melancarkan dua buah drama terbaru terbitan syarikatnya berjudul Persona Sukma dan Teksi Merah Jambu untuk siaran TV1.

Persona Sukma bakal disiarkan pada Sabtu dan Ahad, pukul 7 malam bermula Sabtu ini manakala Teksi Merah Jambu pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2.05 petang bermula 14 November ini di saluran yang sama.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan