Yuna Dirompak Di Seattle

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuna dan pemuziknya kehilangan semua barangan apabila van mereka dirompak di Seattle, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu.
Yuna dan pemuziknya kehilangan semua barangan apabila van mereka dirompak di Seattle, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Yuna mengalami detik malang ketika mengadakan persembahan sempena konsert jelajah di Seattle, Amerika Syarikat apabila van digunakan bersama pemuziknya dirompak, malam Ahad lalu.

Kosmo pada Selasa melaporkan, pada kejadian itu, semua peralatan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 25, dan pemuziknya yang disimpan dalam sebuah van lesap dicuri penjenayah di negara itu.

Bagaimanapun, kata Yuna, dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dia dan pemuziknya tiada di tempat kejadian ketika penjenayah berkenaan mencuri semua peralatan muzik tersebut.

"Semua peralatan muzik kami dicuri dari van yang kami gunakan di Seattle, sampai tiada apa yang tinggal termasuk kemeja-T sekali.

"Asalkan semua orang selamat, barangan yang hilang boleh diganti. Reda sahaja," katanya pada akaun Twitter.

Berita mengenai rompakan itu diberitahu oleh Yuna menerusi akaun rasmi Twitternya.

Yuna juga dilaporkan sempat berbual dengan ibunya mengenai kejadian itu dan perbualan mereka turut dipaparkan di Twitter.

Difahamkan, sebelum ke Seattle, Yuna terlebih dahulu membuat persembahan di Vancouver, Kanada.

Walaupun terkilan dengan kejadian yang menimpa, Yuna memberitahu, dia telah menimba pengalaman berharga sepanjang siri jelajah itu.

Jumlah kerugian dialami Yuna masih belum dapat dipastikan lagi.

Sebelum ini, pada sekitar Mei lalu, kereta Yuna telah dipecah masuk di subang Jaya dekat sini.

Sebuah gitar milik penyanyi Diandra Arjunaidi yang merupakan anak didiknya dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan