Filem 'Skyfall' Catat Sejarah Pada Hari Pembukaan Di UK

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon Daniel Craig (kiri) dan Naomie Harris (tengah) bergambar bersama pelakon Sepanyol, Javier Bardem ketika promosi filem terbaru James Bond iaitu 'Skyfall' di Madrid, Sepanyol pada Isnin lalu.
Pelakon Daniel Craig (kiri) dan Naomie Harris (tengah) bergambar bersama pelakon Sepanyol, Javier Bardem ketika promosi filem terbaru James Bond iaitu 'Skyfall' di Madrid, Sepanyol pada Isnin lalu.

FILEM terbaru Bond, Skyfall telah mengatasi kesemua filem 007 yang lalu dalam kutipan jualan tiket pada hari pembukaannya di United Kingdom (UK) – sekali gus mencatat sejarah sempena ulang tahun yang ke-50 francais siri berkenaan.

Filem lakonan Daniel Craig itu telah mencatatkan kutipan £20.1 juta (RM97.4 juta) hanya berada di belakang Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 dari segi kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Filem terakhir hasil karya adaptasi novel JK Rowling itu berjaya mengutip £23 juta (RM111.5 juta) pada tiga hari pertama tayangannya.

Bagaimanapun Skyfall tetap mencatat sejarah sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada tayangan hari Sabtu di UK.

Penerbit filem Skyfall, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli berkata: "Kami berasa sangat terharu dengan reaksi penonton terhadap siri terbaru Bond ini apatah lagi UK adalah tempat di mana James Bond dilahirkan lebih-lebih lagi tahun ini adalah ulang tahun yang ke-50 kami.”

Kejayaan Skyfall telah meletakkan Craig sebagai James Bond yang paling popular yang pernah ditampilkan oleh siri berkenaan.

Beliau muncul buat pertama kalinya sebagai James Bond pada 2006 dalam filem Casino Royale iaitu filem yang diadaptasikan dari novel pertama Bond yang dihasilkan oleh penciptanya, Ian Flemings.

Casino Royale berjaya mengutip £13.4 juta (RM64.9 juta) pada hari pembukaannya manakala filem kedua Craig sebagai Bond iaitu Quantum of Solace pada tahun 2008 berjaya mengutip £15.4 juta (RM74.6 juta) di UK.

Skyfall akan ditayangkan di pawagam-pawagam Amerika Syarikat mulai 9 November ini.

Sementara itu, akhbar Britain, The Sun melaporkan penulis skrip Skyfall, John Logan telah pun memulakan kerangka filem James Bond seterusnya yang akan dibuat dalam bentuk dua bahagian.

Craig telah pun menandatangani kontrak untuk muncul dalam dua lagi filem Bond selepas Skyfall dan pengarah yang sama Sam Mendes juga tidak menolak kemungkinan untuk terus mengarahkan sebuah lagi filem Bond.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan