"Saya Tidak Pernah Berubah" - Zee Avi

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zee Avi memberitahu kejayaan tidak pernah membuatkan dirinya lupa tentang asal usul.
Zee Avi memberitahu kejayaan tidak pernah membuatkan dirinya lupa tentang asal usul.

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi menjelaskan dirinya tidak pernah berubah walaupun telah mengecap kejayaan di Amerika Syarikat.

Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, berkata, dakwaan kononnya dia sudah lupa diri tidak berasas sama sekali kerana jauh disudut hatinya dia masih memegang kuat adat, budaya dan jati diri sebagai anak kelahiran Malaysia.

"Bukan senang berada di dalam industri ini apabila kita mula mendapat perhatian kerana akan ada benda yang menjadi pertikaian dan sebagai seorang manusia biasa perkara itu tidak dapat saya elakkan.

"Bagaimanapun apa juga pandangan masyarakat mengenai diri saya itu bukan mencerminkan siapa diri saya yang sebenar," katanya kepada mStar Online secara eksklusif ketika ditemui di rumah terbuka penerbit drama, Raja Alawiah Idris di sini pada Ahad.

Zee mula mendapat perhatian peminat antarabangsa apabila album pertamanya berjudul Zee Avi berada di tempat kedua dalam carta Billboard Heatseekers pada 2010 manakala album keduanya Ghost Bird berjaya mendapat menduduki tangga pertama carta sama.

Album terbaru penyanyi itu dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun 2013 dan Zee memberitahu dia sedang dalam proses mencari bahan untuk karya terbaru tersebut.

Dalam pada itu, Zee memberitahu dia gembira apabila ada wakil penyanyi daripada Malaysia seperti Yuna yang turut mencipta nama di Amerika Syarikat.

Zee berkata, dia berbangga dengan pencapaian Yuna dan menganggap mereka adalah seperti obor yang menyala untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

"Apabila saya tahu Yuna semakin dikenali di Amerika saya sangat berbangga kerana masyarakat luar mula nampak kebolehan dan bakat penyanyi dari Malaysia.

"Tanggungjawab kami juga berat kerana perlu menjaga nama baik negara selain mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," jelasnya.

Sementara itu, Zee memberitahu dia baru sahaja menerima Brand Master Icon Leadership Awards 2012 pada majlis Anugerah Brandlaureate Legendary Brand Icon Leadership Award yang diadakan di Kuala Lumpur pada 4 Oktober lalu.

Zee berkata, dia sangat terharu dengan penghargaan tersebut dan ia akan menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Anugerah itu diberikan kepada individu yang mana pencapaian dan sumbangannya mempunyai kesan mendalam kepada negara dan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Zee berkata dia akan berada di Kuching, Sarawak untuk menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan pada November ini bagi memberi ceramah motivasi kepada remaja mengenai kejayaannya di luar negara.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan