R-Patz, Kristen Stewart Bersatu Semula Selepas Seminggu Berpisah

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

R-Patz (kiri) dan kekasihnya Kristen Stewart dalam satu babak filem terbaru berjudul The Twlight Saga: Breaking Dawn Part 2.
R-Patz (kiri) dan kekasihnya Kristen Stewart dalam satu babak filem terbaru berjudul The Twlight Saga: Breaking Dawn Part 2.

NEW YORK: Pasangan pelakon Robert Pattinson dan Kristen Stewart kini kembali bersama selepas mereka berjauhan kerana jadual promosi filem terakhir The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 yang padat di benua yang berasingan sepanjang minggu lalu.

Menurut laporan New York Post, Pattinson atau nama gelaran terbarunya R-Patz dan Stewart dilihat menaiki kereta yang sama ketika mereka meninggalkan lokasi konsert penyanyi Prince di The Sayers Club, Hollywood dekat sini, pagi Jumaat lalu (waktu tempatan).

Pattinson dilaporkan melindungi wajahnya dengan memakai topi besbol, manakala Stewart menutup wajahnya dengan tangan.

Hubungan pasangan itu pulih semula selepas aktres itu dikesan bersikap curang dengan mengadakan hubungan sulit bersama pengarah filem Snow White and the Huntsman, Robert Sanders.

Menurut sumber-sumber, Pattinson yang kecewa dan patah hati dengan kecurangan Stewart, masih berdepan kesukaran untuk mempercayai kekasihnya semula selepas kejadian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan