Perceraian Tidak Mengaibkan Glenn Fredly

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Glenn Fredly
Glenn Fredly

JAKARTA: Penyanyi dan penulis lagu R&B dari Indonesia, Glenn Fredly tidak menganggap perceraian dengan penyanyi dan aktres Dewi Sandra pada tiga tahun lalu sebagai perkara yang mengaibkan.

Komposer kelahiran Ambon, Maluku itu berkata, perkara itu tidak perlu dikesalkan tetapi mengambilnya sebagai pengalaman berharga dalam hidup.

“Saya bersyukur atas apa yang sudah berlaku dalam hidup ini. Ia (perceraian) itu bukan perkara yang aib.

"Sebaliknya, ia jadi pengalaman dan pelajaran yang luar biasa buat saya,” katanya ketika ditemui KapanLagi.com pada acara persembahan penyanyi Tompi di Red White Lounge, Jakarta Selatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu bernikah pada 3 April 2006 dan bercerai pada 27 Ogos 2009 kerana konflik dalaman yang berpanjangan.

Glenn berkata, perceraian itu tidak meninggalkan kesan trauma kepadanya.

Katanya, kehidupan sehariannya terisi dengan aktiviti muzik yang padat walaupun dia masih belum menemui pengganti sehingga kini.

Glenn juga dilaporkan agak keberatan untuk berkongsi kisah peribadi bagaimanapun dia menyimpan hasrat untuk mempunyai pasangan semula pada masa akan datang.

“Semuanya baik-baik sahaja. Saya masih lagi solo dan belum mempunyai teman baru. Saya seronok menikmati kehidupan dengan status ini,” katanya.

Lelaki berusia 37 tahun itu berkata, umur bukan kayu ukur bagi seseorang untuk menentukan masa depannya bersama pasangan hidup.

Kata Glenn, walaupun sudah tiga tahun bercerai dia berasa selesa dengan status itu.

“Ya, santai sahajalah. Bagi saya, tidak perlu difikirkan sangat mengenai soal status itu. Umur hanyalah angka, apa yang lebih penting adalah cara kita menjalani kehidupan ini,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan