Ahmad Idham Berharap ‘Lari’ Ubah Pandangan Sinis Terhadapnya

Diterbitkan: Ahad, 28 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham
Ahmad Idham

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit filem popular, Ahmad Idham berharap filem terbaru berjudul Lari dapat mengubah persepsi negatif segelintir pihak yang memandang rendah pada kerja seninya selama ini.

Ahmad Idham, 41, berkata, projek filem genre drama aksi cetusannya itu akan mengubah landskap pada kerjayanya selepas sedekad bergelar pengarah.

“Saya sifatkan Lari sebagai karya agung saya setakat ini. Filem ini adalah titik penentu yang akan mengubah persepsi dan pandangan sinis segelintir pihak terhadap keupayaan saya sebagai penggiat seni.

“Selama ini, pelbagai rungutan, kritikan dan cacian saya terima daripada filem terawal hingga yang paling baru iaitu 8 Jam. Jangan ingat saya tidak ambil kira pandangan orang dan tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Lari selesai menjalani penggambaran selama 35 hari di Perlis, Perak dan Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Filem ke-10 terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd itu membariskan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek, Hazama Azmi dan Erry Putra dengan kos RM2.5 juta.

Kata Ahmad Idham,karya itu juga membuktikan kematangan dan kebebasannya sebagai penerbit untuk menghasilkan filem mengikut standard dikehendaki tanpa terikat dengan arahan pihak lain.

“Kalau sebelum ini, saya hanya bertindak sebagai pengarah dan mengikut kehendak penerbit dalam menghasilkan filem-filem yang diterbitkan.

“Namun, operasi syarikat saya Excellent Pictures makin kukuh dan berkembang, saya mulai berani untuk menerbitkan filem berat dan lebih matang dengan modal sendiri.

“Selepas sepuluh tahun saya dikenali dengan filem-filem komersial dan ringan, sudah tiba waktunya saya menunjukkan keupayaan menerusi filem yang lebih mencabar,” katanya.

Justeru itu, katanya, skrip filem itu dihasilkan dalam tempoh yang lebih panjang iaitu enam bulan berbanding skrip-skrip filem sebelum ini bagi memastikan Lari menjadi filem terbaik dihasilkan setakat ini.

“Proses penghasilan skrip sahaja memakan masa selama setengah tahun. Filem ini saya simpan selama dua tahun sebelum ia memulakan produksi.

“Memang ia memakan bajet yang besar kerana pembikinannya melibatkan kru penerbitan aksi lagak ngeri dan kesan khas dari Thailand seramai 35 orang dan peralatan lain kerana ia berskala besar.

“Namun, saya tidak mahu dianggap berangan kerana mahu membuat filem seperti filem aksi Hollywood. Cukuplah, saya katakan filem ini ‘besar’ tetapi mempunyai rasa dan jiwa tempatan,” katanya yang merancang untuk turut memasarkan filem itu di luar kelak.

Filem yang berkisar mengenai isu pemerdagangan manusia dan hubungan adik-beradik itu dijangka ditayangkan pada 2013.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan