Miera Leyana Suka Lelaki Berbadan Sasa

Diterbitkan: Sabtu, 27 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Walaupun meminati lelaki berbadan sasa, dia bukanlah seorang wanita yng mudah jatuh cinta. Foto BRIAN MOH
Walaupun meminati lelaki berbadan sasa, dia bukanlah seorang wanita yng mudah jatuh cinta. Foto BRIAN MOH

PETALING JAYA: Pelakon muda Miera Leyana mengakui dia seorang wanita yang mudah terpikat dengan lelaki yang berbadan sasa serta memiliki wajah 'macho'.

Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi, 19, berkata karakternya yang periang akan terus berubah menjadi pemalu dan mula berlagak sopan apabila berdepan dengan lelaki yang mempunyai kriteria tersebut.

"Dari dulu lagi saya suka lelaki yang mempunyai badan sasa dan kacak, buatkan hati saya mudah cair. Contoh terdekat ialah Aaron Aziz, Henry Golding dan Adi Putra.

"Apabila berjumpa dengan mereka, secara automatik karakter saya berubah menjadi wanita yang sopan.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya akan mudah jatuh cinta walaupun lelaki tersebut sudah cukup kriteria pada pandangan mata saya," katanya.

Tambah gadis kelahiran Johor Bahru, Johor itu, dia berharap, kriteria yang ditekankan itu tidak akan mengaburi matanya sehingga tidak sedar bahawa dirinya sedang dipermainkan.

Sementara itu, pelakon jelita ini bersyukur apabila dia berjaya meraih populariti dalam jangka masa yang singkat iaitu tiga tahun dan ia menunjukkan dirinya semakin stabil dalam industri lakonan tanah air meskipun belum memenangi sebarang anugerah pengiktirafan.

Kestabilan karier lakonannya itu membuatkan dia mula berfikir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang.

"Sepatutnya, selepas tamat sekolah, saya perlu melanjutkan pelajaran, namun atas sebab kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan hasrat itu ditangguh.

"Dan sekarang inilah masanya, menyambung pengajian untuk mencapai impian sebagai seorang peguam.

"Tetapi saya tetap akan meneruskan perjalanan karier sebagai seorang anak seni," tuturnya.

Terbaru, Miera bakal menemui penonton menerusi drama Putera Rayyan pada 31 Oktober ini. Ia disiarkan setiap hari Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam serta Khamis (9.30 malam).

Selain itu, Miera juga teruja dan berdebar apabila masih menanti enam buah filem lakonannya iaitu Pencinta, Pecah, Apokalips, Lebuhraya Ke Neraka dan Dendam Orang Mati yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

"Harap-harap, hasil kerja keras saya dapat dilihat menerusi enam filem yang akan ditayangkan pada tahun depan dan ia bakal menunjukkan sejauh mana penerimaan penonton terhadap lakonan saya di layar perak. Risau juga dibuatnya," kata Miera.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan