Jennifer Aniston Tak Percaya Amalan Diet - Berita Hiburan | mStar

Jennifer Aniston Tak Percaya Amalan Diet

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer lebih selesa menjalani rutin harian yang sihat berbanding mengamalkan diet.
Jennifer lebih selesa menjalani rutin harian yang sihat berbanding mengamalkan diet.

AKTRES Jennifer Aniston tidak percaya dengan amalan diet yang dilakukannya untuk mendapatkan tubuh badan menawan.

Bekas bintang siri Friends itu berkata, mengamalkan kehidupan yang sihat lebih bagus daripada menahan kelaparan.

"Saya mula berhenti mengamalkan diet selepas merasakan kita sebenarnya mesti makan pada waktu yang tepat dengan pemakanan yang betul.

"Dan apabila saya dapat merasai sendiri perbezaannya selepas menjalani rutin harian yang lebih sihat termasuklah bersenam, saya tidak mahu percayakan amalan diet lagi. Ia sangat seksa," katanya kepada majalah OK!.

Dalam pada itu, bekas isteri Brad Pitt itu juga berkata, amalan berjemur di bawah matahari dan sentiasa berfikiran positif juga dapat mengekalkan kesihatan badan sekali gus mengekalkan wajah yang lebih awet muda.

Sementara itu Jennifer akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Justin Theroux pada hujung tahun ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan