Diserang Strok Beri Keinsafan Terhadap Murali Abdullah

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Murali Abdullah
Murali Abdullah

PETALING JAYA: Pengalaman pengarah drama Murali Abdullah yang diserang strok sehingga mengakibatkan dia terlantar di Hospital Selayang kira-kira sebulan sejak 30 Disember tahun lalu membuatkan dia terfikir saat-saat kematian.

Bagaimanapun Murali berkata, perasaan itu hilang apabila dia berasa terlalu banyak impian yang belum tercapai terutamanya dalam memberi sumbangan kepada golongan muda tentang industri perfileman negara.

"Masih ingat lagi, ketika itu (sakit) saya hanya reda dan berserah kepada takdir sekiranya nyawa diambil.

"Tetapi semangat baru muncul apabila saya teringatkan jasa saya yang masih kurang untuk berbakti kepada industri.

"Alhamdulillah, Tuhan memberi kekuatan kepada diri saya untuk terus hidup. penderitaan kerana penyakit itu mengajar saya bahawa hidup ini sangatlah singkat dan rugilah jika kita tidak menggunakan masa kehidupan kita sepenuhnya untuk membuat kebaikan," katanya.

Tambah Murali, dia merancang menubuhkan Kelab Filem Murali Abdullah pada tahun depan khususnya bagi golongan muda yang meminati dunia lakonan serta kerja-kerja di belakang tabir.

Malah pengarah ini mahu ilmu yang dimilikinya dikongsi menerusi kelas-kelas khas yang diadakan secara percuma tanpa mengambil sebarang bayaran.

"Saya rasa, itu saja sumbangan yang mampu dilakukan kepada industri. Kalau boleh saya mahu masyarakat kita kenal dan hargai setiap karya yang dihasilkan," ujarnya.

Selain itu, Murali juga akan berehat daripada menghasilkan drama buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus ke arah pengarahan filem pula.

Terbaru, pengarah itu bakal muncul dengan karya terbarunya iaitu Putera Rayyan yang dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Leyana, Aida Aris, Zila Bakarin, Lutfia dan Razali Hussin.

Drama terbitan A.Aida Production itu bakal menemui penonton setiap hari Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam serta Khamis (9.30 malam).

Ia akan disiarkan bermula 31 Oktober ini menerusi slot Samarinda di TV3.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan