Nabil Ahmad Sertai 'Boboi' Bukan Kerana Hilang Populariti

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil (kanan) bersama dua ahli kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (kiri) sudah bersedia untuk menghangatkan pentas Maharaja Lawak 2 yang bakal berlangsung pada 16 November depan.
Nabil (kanan) bersama dua ahli kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (kiri) sudah bersedia untuk menghangatkan pentas Maharaja Lawak 2 yang bakal berlangsung pada 16 November depan.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad menolak dakwaan popularitinya sebagai artis komedi semakin tenggelam sehingga memaksanya menyertai kumpulan Boboi untuk bertanding dalam program Maharaja Lawak 2 (MLM 2).

Nabil, 28, sebaliknya berkata, penyertaannya dalam kumpulan yang disertai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik itu dibuat secara sukarela selepas mendapati mereka mempunyai keserasian sejak bekerjasama dalam pementasan Lawak Ker Der 2 baru-baru ini.

"Tidak timbul soal populariti saya sudah tenggelam kerana apa yang saya lakukan ini adalah kehendak diri sendiri memandangkan kami mempunyai keserasian dalam satu kumpulan.

"Malah Afdlin dan Harun setuju dengan cadangan saya bergabung bersama mereka dalam MLM 2 pada tahun ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran program itu, di sini, Isnin lalu.

Bakal Juara MLM 2012 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2012 akan bersiaran secara langsung bermula 16 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Ia akan di adakan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini.

Dalam pada itu, Nabil mengakui keputusannya menyertai kumpulan Boboi kerana tertekan apabila terpaksa melakukan sketsa komedi secara solo seperti sebelum ini.

Nabil berkata, bukan mudah untuk menghiburkan penonton secara seorang diri terutamanya dalam pertandingan besar seperti MLM 2.

"Saya pernah masuk pertandingan Maharaja Lawak secara solo. Walaupun mendapat tempat ketiga tetapi sebenarnya ia bukanlah mudah seperti yang disangka kerana tekanannya sangat hebat,” ujarnya.

Tidak menganggap kredibilitinya sebagai pelawak tercalar, Nabil berkata, gabungan itu adalah sebagai salah satu tanda kerjasama di antara pelawak-pelawak di negara ini.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan