FFM 25: Gafim Pertikai Tindakan Finas

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jurey terkilan apabila Finas bercakap bagi pihak mereka mengenai pengunduran Gafim selaku penganjur FFM 25.
Jurey terkilan apabila Finas bercakap bagi pihak mereka mengenai pengunduran Gafim selaku penganjur FFM 25.

PETALING JAYA: Belum pun berlangsung penganjurannya, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang akan diadakan pada 30 Disember depan sudah dihimpit kontroversi apabila Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) mempertikaikan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selaku penganjur tunggal acara itu.

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya kesal dan terkilan dengan Finas kerana cuba mengetepikan persatuan gabungan itu yang selama ini diberi mandat menganjurkan FFM.

Justeru persatuan itu bakal mengadakan sidang media tergempar pada Khamis (esok) bagi menjelaskan perincian mengenai ketiadaan mereka untuk bekerjasama dalam FFM pada tahun ini.

“Kenapa mesti Finas yang memberikan penjelasan mengenai pengunduran kami sebagai penganjur FFM 25 dalam sidang media yang mereka lakukan Isnin lalu dan ia bukan datang daripada mulut kami sendiri?

“Sebagai penganjur festival itu selama ini, kami berasa kesal dengan tindakan Finas yang seolah-olah mengetepikan kami pada majlis itu.

“Sebab itu, kami akan adakan sidang media tergempar esok (Khamis) bagi menjelaskan sebab dan alasan penarikan diri Gafim daripada menganjurkan FFM tahun ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Sidang media itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Khamis di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, dekat sini.

Menurut Jurey, sidang media itu akan menjelaskan pendirian Gafim berhubung penganjuran FFM 25 dan akan mendedahkan secara terperinci alasan di sebalik keputusan mereka menarik diri sebagai penganjur pada tahun ini.

“Kami mahu memberikan penjelasan secara terperinci mengenai sebab dan alasan kami menarik diri daripada penganjuran FFM 25 agar semua pihak tahu keadaan yang sebenar.

“Memang kami tidak mahu anjurkan kerana sebab-sebab tertentu yang akan didedahkan esok. Malah, kami juga tiada masalah mereka (Finas) mengambil-alih penganjuran,” katanya.

Sebelum ini, FFM yang tidak lekang kontroversi pada saban tahun, sekali lagi tercemar apabila tarikh penganjuran festival pada tahun ini ditunda ke hujung tahun sehingga menimbulkan ketidakpuasan banyak pihak.

Gafim merupakan gabungan 11 persatuan seni tanah air kecuali Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mengambil keputusan untuk bergerak sendiri susulan konflik yang tercetus antara mereka pada Ogos tahun lalu.

FFM 25 pada tahun ini dikendalikan oleh Finas bersama PFM.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan