Daniel Craig Sambung Kontrak Dua Lagi Filem James Bond

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daniel Craig memehang watak James Bond dalam Skyfall.
Daniel Craig memehang watak James Bond dalam Skyfall.

JAMES BOND atau lebih dikenal Daniel Craig mendedahkan dia telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam dua lagi filem perisik tersebut selepas filem terbaru 007 berjudul Skyfall yang akan ditayangkan di seluruh dunia Jumaat ini.

Ketika ditanya bilakah waktunya untuk dia pencen sebagai Bond, Craig secara berseloroh berkata, apabila umurnya mencecah 44 tahun dan tiga suku.

Dalam satu temu ramah eksklusif dengan akhbar Britain, The Sun, sejurus sebelum tayangan Skyfall di Royal Albert Hall, London malam Selasa, Craig berkata, walaupun dia telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam dua filem Bond tetapi ada kemungkinan dia akan meneruskan watak itu untuk seketika lagi.

“Tetapi saya tidak akan kekal selama-lamanya sebagai Bond. Tentu ada calon lain yang akan menggantikan saya bila tiba masanya,” ujar Craig.

Daniel Craig yang dilabelkan sebagai Bond yang berwajah “moody” dan tidak pernah senyum berbanding watak Bond yang dilakonkan oleh pelakon sebelumnya kelihatan sangat relaks dan bersahaja sepanjang temu ramah tersebut.

Berbeza dengan lakonannya sebagai Bond, sepanjang temu ramah itu dia sentiasa berjenaka dan ketawa riang. Pada satu ketika dia duduk bersantai sambil berkata;

“Saya nak longgarkan tali leher saya, kamu tak akan merakamkan ini bukan?”

Namun begitu, Craig akhirnya wajar kelihatan relaks dan bersantai kerana selepas berlakon dalam tiga filem Bond, dia kini boleh memahat namanya sebagai salah seorang 007 terhebat yang pernah dilahirkan dalam siri itu.

Dan Skyfall — siri ketiganya sebagai Bond —telah disifatkan sebagai filem James Bond yang terbaik pernah dihasilkan.

Tetapi sebelum itu, salah seorang yang pernah meragui kemampuan Craig untuk membawa watak James Bond ialah pengarah filem itu sendiri iaitu Sam Mendes.

Mendes pernah bekerja dengan Craig pada tahun 2002 menerusi filem Road To Perdition.

“Dia telah memohon maaf kepada saya kerana pernah meragui kemampuan saya untuk membawa watak Bond...selepas itu kami hanya memandang ke hadapan tidak ke belakang,” kata Craig sambil ketawa.

Sebaik sahaja mereka menyelesaikan masalah salah faham itu, Craig sendiri yang bertanya kepada Mendes sama ada dia mahu mengarahkan filem Skyfall dan tawaran itu diterimanya tanpa banyak soal.

Craig juga mengakui, walaupun tanggungjawab menentukan siapakah yang sepatutnya mengarahkan filem Bond seterusnya bukanlah tugasnya tetapi pihak penerbit juga turut bersetuju Sam Mendes sebagai calon yang sesuai.

Kini Sam Mendes sangat seronok sepanjang proses pembikinan filem Skyfall sehinggakan dia berhasrat untuk mengarahkan filem Bond yang seterusnya. Dan ini dipersetujui Craig.

Katanya: “Walaupun ini sekali lagi bukan tanggungjawab saya untuk menentukannya tetapi saya ingin berkata yang saya mahu bekerjasama dengan Sam Mendes semula.

"Filem Bond kadang kala mengambil masa sehingga enam atau lapan bulan untuk siap tetapi Sam memiliki tenaga yang sangat luar biasa untuk melakukannya... kerana dia adalah peminat sejati James Bond.”

Sementara itu, filem Skyfall menyuntik lebih banyak elemen humor berbanding dua filem Bond yang terdahulu - Casino Royale dan Quantumn of Solace.

Ini dilakukan untuk mengendurkan rasa tegang penonton sebagaimana yang mereka lalui ketika menonton kedua-dua filem itu.

Jarak antara Quantum of Solace dan Skyfall adalah empat tahun dan Craig berpendapat, penonton tidak perlu jarak sedemikian untuk menonton filem Bond sebaliknya dua tahun adalah yang terbaik.

Craig juga percaya, terdapat satu elemen yang harus kekal dalam watak Bond iaitu walaupun sejauh mana sekali pun emosi yang terlibat, Bond tidak harus menunjukkan emosinya kerana Bond tidak wajar patah hati.

“Jika kita berpegang kepada elemen tersebut, filem ini akan terus kekal selama-lamanya. Untuk menjadi Bond, dia harus menjadi lebih daripada seorang askar... dia harus cuba untuk menyembunyikan perasaan dan emosinya,” kata Craig lagi.

Maka tidak hairanlah sepanjang lakonannya sebagai 007, Craig tidak langsung memperlihatkan sebarang emosi pada wajahnya kerana dia percaya James Bond tidak harus menunjukkan perasaan tersebut.

Di dalam Skyfall, satu-satunya emosi yang ditunjukkan oleh Bond ialah kesetiaan kepada majikannya iaitu MI6 serta bosnya ‘M’, yang dilakonkan oleh Judi Dench.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan