Finas Janji FFM 25 Akan Lebih Baik

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Naguib (empat dari kanan) bersama jawatankuasa penganjur FFM25.
Mohd Naguib (empat dari kanan) bersama jawatankuasa penganjur FFM25.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selaku penganjur Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25 berdepan cabaran besar untuk mengukuhkan identiti dan pengisian acara itu agar seiring dengan usia penganjurannya.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak berkata, atas matlamat itu pihaknya perlu memastikan segenap aspek anugerah termasuklah pencalonan, keputusan, pengisian dan penghakiman berlangsung pada tahap lebih baik berbanding penganjuran lepas.

"Cabaran Finas adalah untuk memastikan acara ini berlangsung dengan jaya dan lebih baik pada segenap aspek berbanding penganjuran yang sudah-sudah.

"Malah, pada tahun ini kita perlu mencari formula terbaik dalam mengukuhkan identiti dan pengisian FFM yang tersendiri berbeza dengan identiti anugerah-anugerah lain," katanya.

Naguib berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran FFM 25 di sebuah hotel di sini, petang Isnin.

FFM 25 yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal diadakan pada 30 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada tahun ini, kira-kira 75 filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober ini layak dipertandingkan.

Pusingan awal penjurian akan memilih 25 filem untuk disenarai pendekkan bagi penilaian peringkat seterusnya.

Katanya, seiring dengan sambutan jubli perak anugerah itu, Finas memilih tema “Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas” bagi menyusuri semula perjalanan dan meraikan pencapaian industri filem tanah air sepanjang lebih dua dekad.

"FFM yang memasuki tahun ke-25 akan mengimbau sejarah dan perkembangan industri filem tanah air serta memaparkan pencapaian kita sepanjang tempoh itu.

"Sebenarnya banyak pencapaian dan kejayaan yang kita sudah kecapi sepanjang tempoh itu baik dari segi kutipan, sambutan mahupun pemasaran dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Tema itu juga akan memberi ruang kepada para penggiat industri untuk membayangkan dan merancang masa depan serta hala tuju perfileman negara untuk 25 tahun akan datang," katanya.

Ditanya mengenai pengumuman anugerah itu yang dilakukan dalam tempoh dua bulan sebelum penganjuran, Naguib berkata, isu kesuntukan masa tidak timbul kerana pihaknya berpengalaman dalam menguruskan FFM dan anugerah besar lain sebelum ini.

"Tidak timbul isu kesuntukan kerana persiapannya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan secara diam-diam tanpa kita menghebahkannya sehingga timbul kontroversi yang mempersoalkan tarikh penganjurannya.

"Seperti dijelaskan sebelum ini, penundaan FFM ke hujung tahun adalah bagi memberikan laluan kepada Anugerah Blockbuster pada bulan ini dan beberapa anugerah lain yang menyusul pada November depan.

"Tempoh dua bulan adalah memadai berdasarkan pengalaman kita menganjurkan FFM dan anugerah-anugerah lain sebelum ini," katanya.

Selain filem cereka, FFM 25 turut mempertandingkan filem pendek dan dokumentari. Tarikh tutup penyertaan pada 2 November depan.

Turut dilancarkan pada majlis sama adalah laman web rasmi FFM 25 iaitu www.ffm.my.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan