Farid Kamil Nafi Sertai Polis Sukarelawan (PVR) Untuk Populariti

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid Kamil menjelaskan pembabitannya dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) adalah bagi menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Farid Kamil menjelaskan pembabitannya dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) adalah bagi menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari menolak dakwaan penyertaannya dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) adalah untuk mencari publisiti sekaligus mempopularkan dirinya.

Farid dalam satu kenyataan dalam Berita Harian pada Isnin berkata, penyertaannya itu adalah bagi menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

"Saya rasa dengan menyertai PVR ini kita dapat bersama-sama membantu polis menangani masalah jenayah dan menjaga keamanan negara," ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri sesi temu duga di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dalam pada itu, Farid memberitahu kesedaran untuk berkhidmat sebagai PVR timbul selepas dia terbaca mengenai nisbah tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini.

Kata Farid, pembabitannya dalam PVR juga diharap akan menjadi contoh kepada golongan belia untuk bekerjasama dengan pihak keselamatan dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab mencegah jenayah di bahu polis semata-mata.

"Saya juga mengetahui mengenai PVR ini ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahan saya iaitu PER3 dan sejak itu saya mula mempunyai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR," jelasnya.

Sementara itu, Farid memberitahu dia akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan