Diana Danielle Kelam-Kabut Menjelang Majlis Nikah

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana Danielle akui fikirannya berserabut menjelang persiapan hari pernikahannya dengan Farid Kamil pada 3 November depan. - Foto oleh AHMAD MOHSIN DADAMEAH
Diana Danielle akui fikirannya berserabut menjelang persiapan hari pernikahannya dengan Farid Kamil pada 3 November depan. - Foto oleh AHMAD MOHSIN DADAMEAH

PETALING JAYA: Aktres jelita Diana Danielle berkata dia berasa panik dan tidak keruan menjelang hari pernikahannya dengan aktor dan pengarah Farid Kamil pada 3 November depan.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, pelbagai persiapan rapi untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, membuatkan dia tidak menang tangan hingga menjejaskan keadaan kesihatan.

"Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri.

"Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik.

"Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula," katanya ketika ditemui mStar Online, petang Ahad.

Farid membuat kejutan apabila mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di Sunway Pyramid, pada 15 Oktober lalu.

Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang hari bahagia itu, Diana berkata, pada waktu ini dia tidak mahu memikirkan apa-apa perkara selain berharap agar majlis itu berjalan dengan lancar kelak.

"Saya tidak berdebar dan tidak rasa apa-apa sekarang. Saya tidak mahu memikirkan apa-apa selain berharap agar semuanya berjalan lancar nanti," katanya.

Diana berkata, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara ringkas dan sederhana berkonsepkan pernikahan dalam taman.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut mengenai majlis itu nanti. Yang pasti, ia akan diadakan dalam suasana seringkas yang mungkin.

"Ada sebahagian barangan dan keperluan majlis ditaja manakala sebahagian lagi kami beli sendiri," katanya.

Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 21 November depan bersempena ulang tahun kelahiran Diana yang ke 21 pada tarikh itu.

Majlis sambut menantu di rumah keluarga Farid di Alor Setar, Kedah pula pada Disember depan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan