Elly Mazlein Tidak Akan Sorok Kalau Putus Tunang

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elly Mazlein dan Azmi Hata
Elly Mazlein dan Azmi Hata

PETALING JAYA: Penyanyi Elly Mazlein tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus ataupun masih lagi berlangsung.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini.

"Harap semua faham, saya tidak akan memberikan sebarang komen tentang perkara itu selagi ia tidak disahkan betul-betul.

"Lagipun, menjadi sesuatu yang normal, tidak semestinya sebuah pertunangan akan diakhiri dengan perkahwinan. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai bukan," katanya berkias.

Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis.

Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin.

Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini.

"Fokus saya sekarang ialah single lagu Sabarlah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan bakal dilancarkan pada November ini.

"Ia juga merupakan tanda kemunculan saya di bidang nyanyian pula," katanya.

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu tersebut mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi, katanya:

"Adakalanya, kita berkongsi masalah peribadi menerusi lagu yang disampaikan tanpa orang sedar," ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan