Neelofa & Awal Ashaari Debar Mengacara ASK2012

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Neelofa dan Awal pertama kali digandingkan sebagai pasangan pengacara untuk Anugerah Skrin (ASK) 2012. - Foto oleh M. AZHAR ARIF
Neelofa dan Awal pertama kali digandingkan sebagai pasangan pengacara untuk Anugerah Skrin (ASK) 2012. - Foto oleh M. AZHAR ARIF

PETALING JAYA: Dua pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari dan Neelofa yang julung kali digandingkan mengakui berdebar untuk mengendalikan malam Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang akan berlangsung pada 9 November depan.

Awal, 31, berkata, tema "Selami Dunia Fantasi Kami" yang menjadi tema anugerah kali ini mempunyai cabaran tersendiri kerana ia berbeza daripada mana-mana acara anugerah sebelum ini.

"Malam itu (ASK 2012) nanti akan berbeza daripada mana-mana malam anugerah yang lain kerana ia berlangsung dengan konsep seperti sebuah pementasan teater.

"Secara peribadi, saya tidak menganggap ia sebagai majlis anugerah tetapi sebuah pementasan teater kerana ia bukan sahaja membabitkan pengacaraan malah lakonan daripada jalan cerita yang dibina berdasarkan konsep fantasi itu," katanya.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran ASK 2012 di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini, petang Rabu.

Gandingannya, Neelofa pula berkata, peluang yang diberikan TV3 untuk mengemudi anugerah berprestij itu satu penghormatan bagi pendatang baru sepertinya.

"Ketika pihak TV3 menawarkan saya untuk mengacarakan ASK 2012 pada April lalu, saya berasa bimbang kerana masih baru dalam bidang ini tetapi mereka tidak memberitahu mengenai tema pada tahun ini.

"Apabila mereka memaklumkan mengenai konsep anugerah, saya berasa agak lega kerana tugas saya nanti tidak hanya bertumpu pada pengacaraan malah membabitkan lakonan juga.

"Saya perlu bijak untuk mengadun kemahiran mengacara dengan konsep fantasi yang diangkat pada kali ini," katanya.

Kata Neelofa, mereka perlu menjalani sesi latihan selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 November depan sebagai persiapan mengacarakan malam anugerah itu.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, tema itu menjadi pilihan bagi mengembangkan imaginasi dan kreativiti produksi ASK 2012 dalam mempersembahkan konsep yang berbeza.

"Kami mahu mencabar kemampuan dan kreativiti untuk memaparkan sebuah konsep yang jauh daripada realiti. Ia seperti satu fantasi untuk 'keluar' seketika daripada realiti sebenar kehidupan.

"Pada awalnya, saya bimbang sejauh mana tema itu mampu dilaksanakan tetapi nampaknya berdasarkan gimik ringkas pada pelancaran tadi, saya percaya malam anugerah nanti akan berbeza," katanya.

ASK 2012 yang memasuki tahun ke-14 penganjurannya mempertandingkan 23 kategori meliputi telefilem, drama bersiri, filem dan penerbitan program dalaman stesen-stesen televisyen (TV) yang turut serta.

Ia turut menawarkan dua anugerah khas seperti sebelum ini iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Kesemua 23 kategori yang dipertaruhkan termasuklah 10 kategori telefilem/drama, tujuh kategori filem dan enam kategori penerbitan dalaman.

Karya-karya yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di TV dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Setiap pencalonan adalah berdasarkan catatan jumlah penonton yang diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement bagi tempoh terbabit.

Sebanyak 18 telefilem, 14 drama bersiri/ rantaian, empat drama komedi dan 34 filem dipertandingkan untuk pencalonan awal.

Selain Awal dan Neelofa, acara karpet merah akan dikendalikan Karl Shafek dan Dynas Mokhtar bersama Juara Pencarian Hos Pantene ASK tahun ini.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam ASK 2012 adalah Datuk M. Nasir, Misha Omar, Hazama, Tomok, Fizz Fairuz, Hafiz (AF7), Adibah Noor dan Dayang Nurfaizah.

Majlis pelancaran pada petang Rabu turut diserikan oleh tiga persembahan iaitu sketsa bertemakan fantasi oleh pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bimbingan pengarah teater Rosminah Tahir dan persembahan nyanyian Misha Omar menerusi lagu Kerana dan Hazama Azmi (Majnun).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan