Hak Penjagaan Anak Halle Berry Bakal Diumumkan

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Halle Berry dan anaknya, Nahla Ariela Aubry.
Halle Berry dan anaknya, Nahla Ariela Aubry.

LOS ANGELES: Keputusan hak penjagaan anak aktres Halle Berry iaitu Nahla Ariela Aubry, 4, bakal diketahui pada minggu ini, lapor laman web TMZ.com pada Selasa lalu.

Menurut laporan, sumber-sumber yang terbabit dalam kes itu berkata, peguam-peguam bagi pihak Berry dan bekas kekasihnya, Gabriel Aubry bersetuju untuk menyelesaikan kes itu selepas beberapa bulan perbicaraan berlangsung.

Difahamkan, keputusan ke atas permintaan Berry yang menuntut hak penjagaan Nahla sepenuhnya dan berpindah ke Paris, Perancis bersama bakal suami yang juga aktor Olivier Martinez akan diumumkan pada minggu ini.

Beberapa sumber turut berkata, hakim memutuskan untuk tidak menghantar keputusan perbicaraan itu secara bertulis kepada kedua belah pihak.

Sebaliknya, mereka dikehendaki hadir sendiri di mahkamah untuk mendengar keputusannya.

Berry yang pernah meluahkan kekecewaan ekoran tempoh perbicaraan yang berlanjutan sebelum ini, akhirnya boleh menarik nafas lega apabila keputusan kes itu dikatakan bakal diumumkan pada Jumaat ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan