Artis Lelaki Jadi 'Mak Nyah' Kerana Pelawak Kurang

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon yang bakal menjayakan 'Elak-Elak'.
Barisan pelakon yang bakal menjayakan 'Elak-Elak'.

KUALA LUMPUR: Kekurangan pelawak wanita di negara ini membuatkan pihak produksi yang menerbitkan rancangan berbentuk komedi terpaksa menggunakan khidmat pelawak yang sama setiap kali memerlukan golongan itu dalam sesebuah rancangan.

Menurut pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai, keadaan itu juga membuatkan khidmat pelawak lelaki diperlukan bagi membawa watak wanita dengan berkehendakkan mereka tampil sedemikian.

"Jika sesiapa yang sedar, industri hiburan kita mempunyai pelawak wanita yang sangat sedikit. Boleh dikira dengan jari.

"Perkara ini menyukarkan pihak produksi untuk mencari pelakon wanita yang boleh berlawak.

"Sebab itulah kebanyakan rancangan komedi di negara ini mempunyai 'mak nyah' sedangkan ia adalah lakonan oleh seorang lelaki yang menggalas watak wanita," katanya.

Bob ditemui pada sesi rakaman rancangan terbaharu terbitan Astro Warna iaitu Elak-Elak di sini, Rabu.

Tambah Bob, keadaan itu juga membuatkan pihaknya akan mencari semula pelawak wanita yang berbakat menerusi uji bakat program Raja Lawak yang pernah diadakan sebelum ini.

"Pihak kami akan mencari pelawak wanita yang dilihat berpotensi untuk menjadi pelawak yang bagus.

"Mungkin tidak ramai yang bagus, tetapi sekurang-kurangnya bakat mereka boleh diasah," ujarnya.

Sementara itu, Elak-Elak merupakan sebuah rancangan komedi berkonsepkan keagamaan di mana setiap pengakhiran persembahan lawak yang dibuat akan dirungkaikan menerusi mesej-mesej pedoman oleh Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.

Rancangan itu akan dibarisi pelakon Saiful Apek dan bekas peserta Raja Lawak iaitu Jihan, Arin dan Rahim.

Ia akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Disember depan, pada pukul 10 malam.

Siaran sebanyak 13 episod itu akan menggunakan judul “Elak” antaranya Elak Alim Kucing, Elak Fitnah, Elak Bohong, Elak Gosip, Elak Riak, Elak Derhaka, Elak Syirik dan Elak Khalwat.

Selebriti seperti, Joey, Yasin, Aznil Nawawi, Tauke (Raja Lawak), Angah, Nabil dan Achong akan dijemput menjayakan rancangan itu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan