Jennifer Aniston Jemput Bekas Ibu Mertua Ke Majlis Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer sangat rapat dengan bekas ibu mertuanya.
Jennifer sangat rapat dengan bekas ibu mertuanya.

PELAKON Jennifer Aniston dilaporkan telah mengundang Jane iaitu ibu kepada bekas suaminya iaitu Brad Pitt ke majlis perkahwinannya dengan Justin Theroux.

Jennifer dan Brad bercerai pada tahun 2005 selepas lima tahun bersama namun tidak memutuskan hubungan dengan Jane.

"Jennifer mahu Jane hadir pada hari dia berkahwin sekali lagi kerana dia sangat rapat dengan bekas ibu mertuanya itu berbanding dengan ibunya sendiri," ujar sumber kepada The Sun.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut memberitahu, Jane sangat gembira apabila Jennifer bertemu jodoh sekali lagi dan berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan