Empat Diva Bakal Gamatkan 'Primadona'

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pengacara 'Primadona'. Dari kiri Erra, Raja Azura, Ziela dan Rozita Che Wan.
Barisan pengacara 'Primadona'. Dari kiri Erra, Raja Azura, Ziela dan Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR: Rancangan terbaharu terbitan Astro Prima iaitu Primadona yang menghimpunkan empat orang pengacara tidak mencedok konsep daripada program bual bicara popular Amerika Syarikat iaitu The View.

Pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, program yang menampilkan Erra Fazira, Ziela Jalil, Raja Azura dan Rozita Che Wan itu lebih menekankan kepada isu-isu berkaitan wanita selain keistimewaan mereka yang lahir daripada generasi berbeza.

"Jika hendak dikatakan rancangan ini ada persamaan dengan program bual bicara lain, pada dasarnya rancangan daripada genre tersebut memang tidak dapat lari daripada menggunakan formula serupa.

"Namun Primadona menekankan aspek wanita sebagai subjek utama selain mengupas isu-isu semasa berkaitan kaum itu dalam pengisiannya," ujar Namanzee semasa sidang media program tersebut di sini pada Selasa.

Primadona bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam di Astro Prima bermula 2 November depan.

Dalam pada itu, Namanzee berkata, pemilihan keempat-empat hos untuk program itu dilihat relevan berdasarkan karakter mereka yang menepati konsep dan penonton program tersebut.

Malah katanya, mereka mampu mengemudi program itu dengan sentuhan dan gaya tersendiri sekali gus memikat hati penonton.

"Setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan masing-masing walaupun tiga daripada mereka iaitu Erra, Ziela dan Rozita sebelum ini belum pernah menjadi hos program bual bicara.

"Namun aura mereka dengan latar belakang yang berbeza diyakini dapat menjadikan program itu lebih menarik," katanya.

Sementara itu, Namanzee berkata, Primadona adalah medium interaksi dan lebih kondusif kepada penonton terutamanya wanita dalam membicarakan isu-isu menarik mengenai diri mereka.

Malah katanya, tetamu jemputan ke studio berserta interaksi bersama penonton akan menjadikan program tersebut penuh informasi.

"Dengan penerbitan program ini penonton dapat didedahkan dengan pengetahuan dan berupaya meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa yang perlu diberikan perhatian," katanya.

Dalam perkembangan sama, keempat-empat pengacara Primadona melahirkan rasa teruja dapat bergandingan dalam sebuah program yang sama selain dapat menyesuaikan diri dengan baik.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan