Yusof Haslam Kesal Sikap Artis Berselisih Pendapat

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusof Haslam
Yusof Haslam

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam kesal apabila segelintir penggiat seni yang berdaftar sebagai ahli persatuan gagal menghadirkan diri dalam sebarang perjumpaan yang telah dibuat hanya kerana berselisih pendapat dengan ahli yang lain.

Yusof berkata, sikap sedemikian harus diubah kerana apa yang lebih penting sesebuah persatuan itu perlu mendapat sokongan daripada ahli supaya hak mereka sebagai pekerja industri dapat diperjuangkan.

"Segelintir pihak ini tidak mahu menghadirkan apabila dijemput oleh persatuan kerana perselisihan pendapat yang berlaku. Ia tidak seharusnya menjadi penyebab mereka perlu menjauhkan diri daripada persatuan," ujarnya kepada mStar Online.

Yusof ditemui semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di sini pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Yusof, masalah tersebut bukan perkara baru malah telah terjadi sejak dahulu lagi.

"Bukan sekarang sahaja tetapi sejak dari dahulu lagi keadaan memang begini walaupun secara dasarnya masalah tersebut adalah kecil.

"Jangan jadikan perkara itu sebagai jurang untuk mereka menjarakkan diri daripada berpersatuan kerana ia tidak akan berjaya dan memperjuangkan hak mereka sebagai pekerja industri," ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof menyeru semua penggiat seni yang gemar meminggirkan diri daripada berpersatuan supaya mengubah sikap.

Katanya jika mereka terus dengan sikap negatif itu, ia hanya akan mendatangkan kerugian kepada diri masing-masing pada masa akan datang.

Sementara itu, Yusof turut memuji usaha Presiden FDAM iaitu Othman Hafsham yang dilihat bersungguh-sungguh menyatukan kembali semua ahli-ahli persatuan itu.

Malah kata Yusof, dia yakin Othman mampu memainkan peranan supaya pengarah di negara ini sama ada baru atau lama dapat bersatu hati dalam memperjuangkan hak masing-masing.

"Othman seorang yang sangat berpengalaman dalam bidangnya dan saya yakin dengan kredibiliti beliau untuk menyatupadukan semua pengarah menerusi FDAM," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan