Tiada Keserasian Punca Fadlan Hazim Tinggalkan V.I.P.

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fadlan mengakui dia meninggalkan kumpulan V.I.P kerana tidak serasi dengan perjuangan muzik kumpulan itu.
Fadlan mengakui dia meninggalkan kumpulan V.I.P kerana tidak serasi dengan perjuangan muzik kumpulan itu.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Fadlan Hazim akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan V.I.P. sejak bulan Ramadan lalu ekoran tidak serasi dengan perjuangan muzik yang dibawa oleh kumpulan tersebut.

Fadlan, 20, berkata, perjuangan muzik V.I.P. yang lebih kepada genre K-Pop tidak sesuai dengan jiwanya yang lebih meminati muzik rap dan hip hop. Ia menjadi pendorong untuk dia tidak bersama lagi dengan kumpulan yang diketuai oleh Adam itu.

"Saya dah lama berhasrat untuk meninggalkan kumpulan itu kerana tidak serasi dengan perjuangan muzik mereka malah ketika membuat persembahan pentas saya tidak ikhlas serta tidak menjiwai lagu yang disampaikan.

"Apabila Adam memberitahu akan menerbitkan album terbaru V.I.P, saya terus menyatakan hasrat untuk keluar dan setelah berbincang, Adam bersetuju dengan keputusan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Fadlan dan Adam, V.I.P turut dianggotai oleh Ryan, Yandi dan Malon.

Dalam pada itu, Fadlan menyangkal dakwaan kononnya pengundurannya daripada V.I.P. kerana tidak sehaluan dengan ahli-ahli yang lain dan menjelaskan mereka tiada sebarang masalah.

Dia membuat keputusan tersebut kerana tidak serasi dengan perjuangan muzik dan bukannya mempunyai masalah dengan mana-mana ahli lain.

"Sebelum ini jika ada percanggahan pendapat pun kerana masing-masing ada pendirian dengan muzik yang ingin ditonjolkan dan begitu juga saya.

"Tetapi daripada segi hubungan sebagai kawan, kami tidak pernah ada masalah dan saya keluar pun cara baik," katanya.

Tambah Fadlan, biarpun tidak lagi bergelar anggota kumpulan itu, dia kini masih lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan Aico Empire Group yang dimiliki oleh Adam.

"Saya baru sahaja muncul dengan sebuah lagu duet bersama Baby Shima berjudul Tak Sabar dan akan terus bergerak secara solo sebagai penyanyi selepas ini," katanya.

Sementara itu, Fadlan berkata, dia juga ingin terlibat dalam dunia lakonan dengan lebih serius dan memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama pertamanya iaitu “6 Progresif” gandingan bersama Zahiril Adzim, Nas-T dan Faralyna.

"Saya memang meminati dunia lakonan sejak dari dulu lagi dan peluang berlakon di samping pelakon-pelakon hebat telah memberikan saya banyak ilmu yang dikutip daripada mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan