FDAM Mahu Finas Bela Hak Pekerja Filem Menerusi 'Padu Citra'

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Othman mahu Padu Citra diaktifkan semula bagi melindungi hak dan keistimewaan para pekerja industri perfileman di negara ini.
Othman mahu Padu Citra diaktifkan semula bagi melindungi hak dan keistimewaan para pekerja industri perfileman di negara ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) akan membentangkan usul kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) supaya menguatkuasakan kembali pelaksanaan syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang tidak lagi aktif seperti diperkenalkan pada 1997.

Presiden FDAM, Othman Hafsham berkata, pihaknya mahu Padu Citra diaktifkan semula bagi melindungi hak dan keistimewaan para pekerja industri perfileman di negara ini.

"Sudah tiba masanya Padu Citra ini diperkenalkan kembali supaya integriti dan martabat pekerja industri perfileman kita dapat dipelihara dengan sewajarnya.

"Pihak FDAM akan membawa usul ini kepada Finas dalam mesyuarat yang akan diadakan pada Isnin (hari ini)," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada Majlis Ramah Mesra FDAM yang diadakan di Finas di sini pada Ahad.

Othman menjelaskan, jika syarat yang tertakluk dalam Padu Citra tidak dijalankan dengan sebaiknya berkemungkinan penggiat filem tanah air akan hilang hak dan keistimewaan pada masa hadapan.

"Industri perfileman bukan macam dulu dan kini kita boleh lihat sewenang-wenangnya orang luar atau yang tiada pengalaman dalam bidang perfileman menghasilkan filem atau pun drama dengan sesuka hati.

"Jika perkara ini tidak dikuatkuasakan semula maka semua penggiat seni yang berlindung di bawah persatuan nasib mereka akan terabai," jelasnya.

Dalam pada itu, Othman berkata, menerusi Padu Citra ini kemasukan bebas produksi luar negara yang mengadakan penggambaran di Negara ini atau produksi tempatan yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan boleh dihalang daripada meneruskan kerja-kerja mereka.

Kata Othman, pihaknya amat bertegas dalam perkara ini dan berharap akan mendapat sokongan daripada Finas yang mempunyai kuasa dalam penguatkuasaan.

"Kita mahu industri kita dan pekerja-pekerja yang berdaftar dengan persatuan mendapat hak dan keistimewaan dan kami amat menyokong Padu Citra dikembalikan," katanya.

Sementara itu, Othman berkata, pihaknya juga akan membentangkan soal Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan berharap ia dapat dikuatkuasakan pada Januari depan.

Menurut Othman, pihaknya memandang berat terhadap isu tersebut kerana keadaan semakin tidak terkawal apabila ada pihak menyenaraikan nama individu yang bukan ahli mana-mana persatuan untuk mendapatkan kelulusan SPP.

"Perkara ini bukan benda yang ringan kerana ia akan menjejaskan keadaan industri tempatan jika salah laku itu terus berlaku dikalangan pengarah dan pihak penerbit," katanya.

Dalam perkembangan lain, pada majlis tersebut Othman turut mengadakan sesi soal jawab bersama pengarah filem terkenal yang hadir bagi meluahkan pendapat dan pandangan terhadap FDAM.

Dihadiri oleh 45 pengarah, mereka termasuklah bekas Pengerusi Ekskutif Kumpulan Utusan Melayu dan pengarah filem Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin, Datuk Aziz Satar, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Yusof Haslam, Afdlin Shauki dan U-Wei Shaari.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan