Orkestra RTM Wakili Negara Ke 'Jakarta Jazz Festival'

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Delegasi Orkestra Jaz RTM yang akan beraksi di Jakarta Jazz Festival pada 19 hingga 21 Oktober ini.
Delegasi Orkestra Jaz RTM yang akan beraksi di Jakarta Jazz Festival pada 19 hingga 21 Oktober ini.

PETALING JAYA: Orkestra Jaz, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyahut cabaran terbaru apabila di undang untuk beraksi di pentas berprestij tokoh-tokoh jaz seluruh dunia menerusi Jakarta Jazz Festival Jak Jazz) pada 19 hingga 21 Oktober ini.

Ia bakal diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.

Penganjuran kali ke-13 yang bertemakan Jazz the way you are ini bakal menghimpunkan tokoh dan kumpulan jaz popular termasuk Incognito, Mezzoforte, Jeff Lorber, Eric Marienthal, Jeremy Monteiro, Sonny Emory dan Nate Phillips serta Ernesto Holman.

Artis-artis jaz yang akan turut serta antaranya Ireng Maulana, Idang Rasyidi, Indra Lesmana, Gilang Ramadhan, Tohpati, Dewa Budjana, Dwiki Dharmawan dan Barry Likumahuwa.

Pada festival itu nanti, Orkestra RTM akan bergabung dengan penyanyi muda jaz terkenal Indonesia, Sierra Soetidjo.

Menurut Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail selaku pemain piano dan penggubah lagu untuk persembahan berkenaan, penggabungan tersebut dapat merapatkan hubungan kedua-dua buah negara.

“Muzik merupakan bahasa penyatuan, memupuk persahabatan dan keakraban antara dua negara serumpun.

"Malah, pemain piano terkenal Indonesia, Andi Wiriantono akan turut menjadi pemain piano jemputan dalam persembahan berkenaan.

“Seramai 15 pemuzik terbaik Malaysia terpilih mewakili RTM bagi mempersembahkan lagu-lagu ciptaan Malaysia di pentas berprestij itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Kata Mokhzani, dia juga telah mencipta beberapa lagu baru antaranya Dawn in KL dan Tribute. Pada acara itu nanti, mereka akan tampil dengan 10 lagu termasuk lima lagu oleh Sierra.

Mokhzani berkata, peluang beraksi di festival itu sejajar dengan misi mengantarabangsakan orkestra tersebut dan meletakkannya sebaris dengan orkestra jaz dari seluruh dunia bersempena ulang tahun ke-50 Orkestra RTM itu pada tahun lalu.

Terdahulu, Orkestra RTM pernah beraksi di Java Internasional Jazz Festival pada 2009 dan KL International Jazz Festival pada pertengahan tahun ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan