Sumbang RM10,000, Aznil Sebak Ziarah Kamal Affandi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil (berdiri kiri) mengunjungi Kamal Affandi yang selesai menjalani pembedahan akibat penyakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM) di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Petaling Jaya di sini, petang Khamis. Turut kelihatan adalah barisan personaliti program On Air. - Foto oleh ONG SOON HIN
Aznil (berdiri kiri) mengunjungi Kamal Affandi yang selesai menjalani pembedahan akibat penyakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM) di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Petaling Jaya di sini, petang Khamis. Turut kelihatan adalah barisan personaliti program On Air. - Foto oleh ONG SOON HIN

PETALING JAYA: Pengacara popular Aznil Hj Nawawi berasa sebak ketika menziarahi penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang sedang menderita penyakit saraf Arteriovenous Malformation(AVM).

Aznil yang mewakili program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro Kasih pada Khamis memberikan sumbangan RM10,000 kepada Kamal bagi meringankan bebannya menampung kos pembedahan sebanyak RM41,820.

“Alhamdulillah, pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya berjaya dilakukan pada kira-kira 4.30 petang semalam (Rabu).

“Saya dan Astro terpanggil untuk meringankan bebannya kerana sumbangan beliau dalam mendidik masyarakat memerangi jenayah amat besar,” katanya.

Aznil dan barisan personaliti program On Air mengunjungi Kamal yang kini ditempatkan di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya di sini pada petang Khamis.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Kamal mengalami penyakit AVM atau lebihan urat di kepalanya yang mengganggu koordinasi tangan kanan sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal.

Lebih memburukkan keadaan, polisi insuransnya tidak dapat menampung kos pembedahan kaedah Cyber Knife yang melebihi RM41,000 kerana penyakitnya dikategorikan sebagai “congenital” iaitu keadaan yang wujud sejak lahir.

Pada pembedahan yang diadakan pada petang Rabu, Kamal dilaporkan berjaya mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepalanya.

Kata Aznil, hubungan baiknya dengan Kamal kerana pernah bekerjasama dalam program Macam-Macam Aznil dan beberapa program terbitan Astro sebelum ini membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk membantu.

“Keadaannya masih lemah tetapi stabil pada waktu ini. Apabila saya tiba di wad, dia sebak, gembira dan tidak menyangka akan menerima bantuan tersebut.

“Dalam perasaan sebak ketika kami bertemu, saya sempat memberikan kata-kata semangat bahawa, ubat datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya ubat hospital tetapi juga doa dan semangat diberikan rakan-rakan,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan