Joe Flizzow Mahu Hapus Pandangan Buruk Muzik 'Hip Hop'

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joe Flizzow
Joe Flizzow

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow akan terus berjuang bagi menghapuskan stereotaip mengenai muzik rap dan budaya hip hop di kalangan masyarakat terutamanya di Malaysia.

Joe berkata, walaupun pada dasarnya muzik daripada genre itu sudah lama bertapak di negara ini namun ia masih dianggap 'tidak sihat' sehingga sukar diterima pada peringkat arus perdana.

"Apabila bercakap mengenai muzik rap dan budaya hip hop masyarakat akan mengaitkannya dengan perkara tidak elok seperti lirik yang berbaur negatif, budaya tidak sihat yang wujud dan sebagainya.

"Selepas hampir 12 tahun bergelar artis yang memperjuangkan muzik dan budaya itu saya mendapati stereotaip itu masih melekat di kalangan masyarakat walaupun sebenarnya ia bukan seperti disangka," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program ‘Hip Hoppin' Asia di sini pada malam Khamis.

Tambah Joe, masih banyak perkara yang perlu dibuktikan kepada masyarakat bagi memberi pemahaman sebenar mengenai muzik tersebut.

"Sehingga hari ini saya masih perlu membuktikan kepada masyarakat tentang budaya hip hop dan itu adalah ujian terbesar saya," katanya.

Dalam pada itu, Joe menjelaskan penerbitan program travelog ‘Hip Hoppin' Asia yang membawa dirinya mengembara ke tujuh buah negara bagi melihat pengaruh muzik itu adalah salah satu kaedah untuk memberi pemahaman tentang genre tersebut kepada penonton.

Kata Joe, pendedahan mengenai budaya dalam muzik tersebut diharap dapat membuka mata masyarakat tentang sisi positif dan menghayati keindahan yang terdapat dalam muzik berkenaan.

"Ia bukan sekadar muzik kerana ia telah menjadi satu budaya yang berhubung kait dengan fesyen, sukan, struktur sosial yang wujud dan sebagainya.

"Menerusi program ini juga saya dapat berjumpa dengan pelbagai artis rap dan saling bertukar pandangan dengan mereka. Malah di negara luar masalah stereotaip ini turut wujud di kalangan mereka," jelasnya.

Negara yang sempat Joe kunjungi adalah Thailand, Sri Lanka, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Taiwan dan Filipina.

Tampil dengan 10 episod, ‘Hip Hoppin' Asia bakal disiarkan setiap hari Khamis bermula 18 Oktober ini di 8TV.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan