Jack Osbourne Selamatkan Wanita Lemas

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jack Osbourne dan Lisa Stelly baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu di Hawaii.
Jack Osbourne dan Lisa Stelly baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu di Hawaii.

PELAKON Jack Osbourne telah bertindak menyelamatkan nyawa seorang wanita yang hampir lemas di laut semasa sedang berbulan madu bersama isterinya Lisa Stelly di Hawaii.

Osbourne, 26, bersama seorang kenalannya iaitu Tyler telah menyelamatkan wanita tersebut yang diserang penyakit jantung semasa berenang di pantai.

Isterinya telah berkongsi pengalaman tersebut di Twitter dengan mengatakan Osbourne adalah seorang lelaki yang berani.

"Saya sangat bangga dengan Jack dan Tyler yang telah menyelamatkan nyawa seorang wanita yang hampir lemas di laut akibat sakit jantung.

"Malah mereka menunggu sehingga ambulans datang dan memastikan keadaan wanita itu dalam keadaan baik," katanya.

Pasangan itu baru sahaja berkahwin di Hawaii pada Ahad lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan