Suria FM Ajak Pelajar IPT Sertai Pertandingan 'Band'

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusry Abu Samah
Yusry Abu Samah

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM bakal mengadakan pertandingan band khususnya buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikenali Sajimee Band Clash Bersama SuriaFM Layan Habis yang akan bermula pada 20 Oktober ini.

Pertandingan tersebut merupakan penganjuran kali ketiga di mana sebelum ini ia dipanggil Showdown yang diadakan sejak tahun 2010.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata, pertandingan itu adalah untuk mengetengahkan bakat pelajar IPT yang memiliki kebolehan luar biasa untuk diketengahkan dalam industri muzik tempatan.

"Pihak kami telah melahirkan beberapa band yang bagus dalam penganjuran sebelum ini untuk mewarnai industri muzik kita seperti kumpulan Nastia dan Kekabu.

"Kami juga yakin, band yang dipilih sebagai pemenang akan mempunyai ciri-ciri keunikan yang tersendiri untuk bersaing dengan pelbagai kumpulan muzik yang ada di negara kita," katanya.

Yusry ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan itu di pejabat Suria FM, Menara Tropicana, di sini, Rabu.

Uji bakat akan diadakan bermula di pusat beli belah AEON Bukit Raja Klang pada 20 Oktober depan, diikuti Kuantan Parade (3 November), Alor Star Mall (10 November) dan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (17 November).

Beritahu Yusry, pihaknya akan memilih lima band terbaik bagi setiap kampus untuk bertanding pada peringkat separuh akhir.

"Pada peringkat itu, mereka perlu menghasilkan lagu khas (jingle) produk Sajimee untuk diiklankan di radio.

"Kemudian, dua band (setiap kampus) bakal dipilih untuk ke peringkat akhir dan mereka akan dinilai oleh beberapa juri berpengalaman.

"Ia akan diadakan pada 1 Disember depan di AEON Bukit Raja, Klang," ujarnya.

Pertandingan ini terbuka kepada semua penuntut IPT, warganegara Malaysia yang mempunyai kumpulan muzik sendiri tidak kira sama ada profesional ataupun amatur.

Penyertaan boleh dibuat secara datang terus ke empat lokasi tersebut bermula pukul 10 pagi.

Setiap ahli kumpulan perlu membawa kad pengenalan dan kad pelajar masing-masing untuk mendaftar.

Kumpulan yang memenangi tempat pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, diikuti dengan tempat kedua (RM5,000) dan ketiga sebanyak (RM3,000).

Perkembangan mengenai pertandingan berkenaan akan diumumkan menerusi Suria FM dan laman web www.suriafm.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan