Christina Aguilera Berbogel Untuk Album 'Lotus' - Berita Hiburan | mStar

Christina Aguilera Berbogel Untuk Album 'Lotus'

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Christina Aguilera
Christina Aguilera

LOS ANGELES: Penyanyi Christina Aguilera mendedahkan dia telah berbogel untuk kulit album terbaharunya berjudul Lotus yang bakal dipasarkan pada November depan.

Penyanyi berusia 31 tahun itu berkongsi gambar tersebut menerusi akaun Twitter miliknya yang menunjukkan keadaan tubuhnya yang gebu dan seksi sebagai penghias kulit album berkenaan.

“Inilah kulit album Lotus! Ia akan dipasarkan pada 13 November,” katanya dalam mesej Twitter.

Pada kulit album itu, Aguilera berdiri tegak dalam keadaan berbogel di tengah bunga teratai dengan rambutnya yang berwarna putih kekelabuan menutupi dadanya.

Seni berbogel yang dipanggil ‘kelahiran semula’ itu kelihatan bersesuaian dengan konsep album terbaru juri program The Voice tersebut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan