Lisa Surihani Tiada Niat Lukakan Hati Peminat

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa menjelaskan tiada niat untuk menguris perasaan peminat yang ingin mendekati atau bergambar dengannya.
Lisa menjelaskan tiada niat untuk menguris perasaan peminat yang ingin mendekati atau bergambar dengannya.

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani tidak pernah berniat untuk meminggirkan para peminat yang ingin mendekatinya di sebuah lokasi penggambaran sehingga dituduh sombong.

Lisa, 26, berkata, insiden dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana ketika itu di sedang menjiwai watak untuk drama Di Mana Hilangnya Juwita di sebuah balai polis sekitar Kuala Lumpur.

"Secara jujurnya saya tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.

"Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.

"Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Lisa mengulas laporan yang mendakwa dia enggan bergambar dengan peminatnya semasa sedang menjalani penggambaran di sebuah balai polis baru-baru ini sehingga mengundang rasa terkilan peminat dengan sikapnya.

Bagaimanapun Lisa berkata, dia tidak menyalahkan peminat yang tergores dengan kejadian tersebut dan berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Lisa berkata, semasa kejadian dia turut berasa bersalah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya kerana tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi.

Katanya walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat tetapi sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa pihak lain.

"Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.

"Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan menggagu proses penggambaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lisa berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan pementasan Teater Tun Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya November depan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan