Amer Sharif Mahu Serius Berlakon Selepas SPM

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amer Sharif ingin menjadi pelakon yang baik dan berkaliber pada masa hadapan.
Amer Sharif ingin menjadi pelakon yang baik dan berkaliber pada masa hadapan.

PETALING JAYA: Pelakon rancangan bersiri Oh My English! iaitu Amer Sharif menjelaskan mahu mengembangkan bakat lakonannya selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

Amer, 17, berkata, dia nekad untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia seni.

"Sebelum ini saya melihat lakonan sebagai satu hobi sahaja tetapi selepas beberapa lama bergelar pelakon, minat yang mendalam mula timbul dalam diri saya.

"Bagaimanapun saya perlu menunggu sehingga peperiksaan SPM tamat sebelum boleh benar-benar terlibat dalam pelbagai projek," ujarnya kepada mStar Online.

Amer terkenal dengan watak Farouk menerusi program berbentuk pendidikan dan hiburan itu disamping pelakon seperti Harun Salim Bachik, Zain Saidin dan Adibah Nor.

Dalam pada itu, Amer memberitahu program berkenaan telah membantu dirinya untuk memperkenalkan bakat lakonannya sehingga mendapat pelbagai tawaran berlakon semenjak muncul dalam siri itu.

Amer berkata, sehingga kini dia telah menjalani dua buah penggambaran drama berjudul Penggulungan dan Tanah Kubur untuk siaran Astro Oasis yang kedua-duanya diarahkan oleh Rashid Sibir.

"Peluang bekerja dengan abang Rashid memberi banyak pelajaran kepada saya dalam menjadi seorang pelakon yang baik dan dia tidak lokek dalam memberikan ilmu," katanya.

Tambah Amer, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran lain ekoran perlu berada di lokasi untuk jangka waktu yang panjang selain ingin memberikan tumpuan kepada pelajaran.

"Jika jadual memerlukan saya berada di lokasi selama beberapa hari sahaja saya akan terima tetapi jika terlalu lama saya terpaksa tolak kerana SPM sudah hampir," katanya.

Sementara itu, Amer memberitahu keluarganya tidak pernah menghalang minatnya dalam dunia lakonan malah ibunya sentiasa memberi sokongan.

Kata Amer, ibunya juga turut membantu untuk menyusun jadual penggambaran supaya ia tidak menggangu pelajarannya di sekolah.

"Ibu banyak memberi sokongan dan pada masa sama banyak membantu saya supaya kehidupan saya sebagai seorang pelajar sekolah tidak terjejas,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan