'Glory 2 Brussels' Pertama Kali Temui Peminat Di Tonton

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepada peminat tegar sukan tinju, perlawanan Glory 2 Brussel buat pertama kalinya disiarkan secara eksklusif di Malaysia menerusi laman sesawang www.tonton.com.my, bermula hari ini (Ahad).

Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Berhad, Lam Swee Kim berkata, pihaknya begitu teruja untuk bekerjasama dengan penganjur utamanya, Glory Sports International dalam menawarkan siaran langsung bagi perlawanan tersebut.

"Inilah peluang keemasan yang harus direbut oleh para peminat sukan tinju bagi merasai sendiri kemeriahan acara ini.

"Kami akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi dan meninjau peluang lain dalam acara akan datang yang berlangsung di seluruh dunia,” katanya menerusi sebuah kenyataan akhbar yang diberikan.

Pengarah Urusan Glory, Marcus Luer pula berkata, acara ini telah mengambil masa persiapan selama tiga tahun sebelum ia dapat dianjurkan berikutan Bonjasky yang juga menyandang gelaran juara sebanyak tiga kali dalam siri pertandingan Juara Dunia Grand Prix K-1 mengalami kecederaan pada bahagian matanya.

Ia menghimpunkan juara tinju peringkat dunia termasuk peninju-peninju muda yang berbakat besar.

"Mereka akan diasah sebelum diterima menyertai evolusi keluarga Glory sebagai seorang peninju yang berjaya dan disegani, seterusnya mewarisi tradisi kejayaan juara-juara sebelum ini dalam arena sukan tinju," ujarnya.

Enam peninju handalan bakal berentap dalam perlawanan akhir antarabangsa dan menyaksikan pertembungan di antara Gokhan Saki (76-15, 53 KO’s) atlit berbangsa Turki, yang akan mewakili Netherlands melawan Mourad Bouzidi (65-18-2, 33 KO’s) dari Tunisia di Arena Antarabangsa Vorst Brussels, Belgium pada Sabtu, 6 Oktober 2012.

Baru-baru ini turut mengumumkan peninju Remy “The Flying Gentleman” Bonjasky (75-14, 40 KO’s) dari Amsterdam, Netherlands, bakal berentap dengan Anderson ‘Braddock’ Silva (32-7, 22 KO’s) yang merupakan anak jati Brazil.

Turut menyertai acara utama dalam GLORY 2 Brussels adalah Marc de Bonte (78-9-2, 18 KO’s) dari Belgium yang bakal bertentang mata dengan Murthel Groenhart (49-14-3, 25 KO’s), yang berasal dari Surinam dan kini menetap di Holland.

Sementara itu, perlawanan yang berlangsung di Brussels ini boleh ditonton pada pukul 12.30 pagi, secara eksklusif di www.tonton.com.my/glory menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar (Android 2.3 dan ke atas / iOS 5 dan ke atas).

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan