ALBUM BARU: Kompilasi Hebat '4 Diva Legenda'

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: 4 Diva Rock Legenda

ARTIS: Ella, Wan, Ruhil dan Shima

EDARAN: Warner Music Malaysia

KEHEBATAN empat penyanyi rock wanita iaitu Ella, Wan, Ruhil dan Shima yang tampil mengekalkan ciri-ciri kewanitaan masing-masing membuatkan nama mereka berada di garis populariti yang tersendiri.

Gabungan muzik dan aura mereka membuatkan keempat-empat penyanyi ini sentiasa diterima masyarakat tidak kira wanita mahupun lelaki.

Dan rasanya, tidak salah jika gelaran 'diva' diberikan kepada kesemua mereka kerana pencapaian dalam industri muzik tanah air yang membanggakan.

Muzik malar segar para penyanyi ini membuatkan Warner Music Malaysia memilih lagu-lagu terbaik untuk disatukan menjadikan sebuah album kompilasi 4 Diva 'Rock Legenda'.

Album ini mempunyai dua buah cakera padat (CD) iaitu CD1 menampilkan Ella dan Wan manakala CD2 memuatkan lagu-lagu Ruhil dan Shima. Kedua-dua CD tersebut mempunyai sebanyak 14 buah lagu (setiap CD).

Lagu-lagu Ella seperti Pengemis Cinta, Permata Biru, Kesal, Terminal Cinta, Puteri Kota, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Tiada Tangis Lagi yang dimuatkan pada album ini mampu membuatkan peminat untuk mengimbas kembali memori kegemilangan Ella yang sudah pun melebih dua dekad itu.

Kehebatan Wan memiliki vokal yang seksi membawakan lagu-lagu seperti Lamunan Hati, Tak Pernah Aku Sesali, Jawapan Yang Kelabu, Aku Dalam Teka Teki dan Gambaran Hidupmu turut dimuatkan pada album berkenaan.

Selain itu, Shima yang terkenal dengan nyanyiannya bernada tinggi turut memuatkan lagu-lagu seperti Setelah Aku Miliki, Teringin, Optimistik, Di Sebalik Sejuta Wajah, Aku Wanita, Luka Dilukai dan Apa Ku Rasa.

Ruhil pula tampil dengan Kawan, Anak Dunia, Datang Dan Pergi, Percayalah, Hakikat Ini, Kasih Tak Kesampaian dan Cinta Abadi.

Secara keseluruhannya, pemilihan lagu-lagu terbaik empat penyanyi popular ini benar-benar boleh menjadi sebahagian koleksi peminat-peminat tegar mereka.

Bagi yang meminati empat diva rock ini, album 4 Diva 'Rock Legenda' yang berharga RM27.90 sudah pun dipasarkan ke semua kedai muzik di seluruh Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan