Jonas Brothers Gegarkan Stadium Negara 24 Oktober Ini

Diterbitkan: Sabtu, 6 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jonas Brothers
Jonas Brothers

PETALING JAYA: Kumpulan trio popular Jonas Brothers bakal menemui para peminat menerusi konsert sulung mereka di Malaysia iaitu “Jonas Brothers Live In Malaysia” yang bakal berlangsung pada 24 Oktober ini.

Konsert yang dianjurkan oleh The Wonderland ini bakal diadakan di Stadium Negara, dekat sini pukul 8 malam.

Kumpulan yang dianggotai tiga adik beradik iaitu Joe, Kevin dan Nick Jonas dijangka menggegarkan stadium dengan persembahan hebat menerusi lagu-lagu popular mereka yang pernah hit.

Harga tiket yang dikenakan adalah RM88 dan RM188 (tempat duduk bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (tempat duduk bernombor VIP) tidak termasuk yuran pemprosesan tiket sebanyak RM3 untuk setiap tiket.

Ia boleh didapati menerusi “TicketCharge Online” dan kedai-kedai yang ditetapkan.

Kumpulan ini mula mencetuskan fenomena di seluruh dunia melalui filem keluaran Disney iaitu Camp Rock dan juga sekuelnya, Camp Rock 2: The Final Jam pada sekitar tahun 2009.

Fenomena filem itu sekali gus berjaya menempatkan mereka sebagai pemenang di Anugerah Muzik Amerika, Teen Choice Award serta beberapa anugerah lain.

Kumpulan ini juga berjaya dalam projek masing-masing di mana Nick, 19, membintangi siri Smash yang disiarkan di saluran NBC.

Malah baru-baru ini dia juga mengambil alih watak Daniel Radcliffe dalam How to Succeed in Business Without Really Trying on Broadway.

Abangnya Joe, kini sedang bersiap sedia untuk membintangi beberapa buah filem termasuk ingin bergelar penerbit selepas menjadi bintang undangan TV Land sitcom Hot in Cleveland .

Kumpulan ini juga akan muncul dalam program realiti terbaru Kevin untuk saluran E! berjudul Married To Jonas, yang akan memberi fokus kepada kehidupan rumah tangga abang sulung mereka itu dengan isterinya, Danielle.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan