Rihanna & Chris Brown Kembali Bercinta

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rihanna dan Chris Brown sering menunjukkan kemesraan mereka di khalayak
Rihanna dan Chris Brown sering menunjukkan kemesraan mereka di khalayak

STATUS hubungan Rihanna dan Chris Brown agak memeningkan. Walaupun menegaskan tidak bercinta, namun mereka kerap menunjukkan kemesraan di depan khalayak.

Menurut laporan Digital Spy, kemesraan itu sekali lagi menjadi tatapan khalayak apabila mereka dilihat berpelukan dan berciuman di kelab malam Griffin, New York baru-baru ini.

Salah seorang pengunjung kelab itu berkata, Chris cuba mendekati Rihanna yang ketika itu duduk di meja lain dan mereka berbual dengan penuh mesra.

"Tidak lama kemudian, pasangan itu 'mengunci diri' di dalam bilik air selama setengah jam.

"Dua pengawal peribadi ditempatkan di depan pintu bilik air agar mereka tidak diganggu," kata pengunjung tersebut.

Jurucakap Griffin mengesahkan pasangan berkenaan telah mengunjungi kelab itu.

Rihanna dan Chris telah mengakhiri hubungan cinta mereka selepas insiden dikasari Chris pada tahun 2008.

Saat ini, Chris sebenarnya sudah mempunyai seorang kekasih bernama Karrueche Tran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan