Pertemuan Di Masjid Punca Tertubuhnya Al Mawlid

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota kumpulan Al Mawlid kembali rapat selepas sama-sama menghadiri kelas agama di sebuah masjid di Setiawangsa.
Anggota kumpulan Al Mawlid kembali rapat selepas sama-sama menghadiri kelas agama di sebuah masjid di Setiawangsa.

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan nasyid Al Mawlid tidak pernah menyangka pertemuan mereka secara tidak sengaja di sebuah masjid kira-kira tiga tahun lalu menjadi punca tertubuhnya kumpulan itu.

Salah seorang anggotanya, Amer Munawer Yusoff berkata, semasa membuat keputusan untuk berhijrah ke arah keislaman, dia tidak menyedari rakan-rakannya turut mengambil pendekatan serupa sehinggalah dia bertemu dengan Zaf (V.E.).

"Semasa saya ambil keputusan untuk berhijrah memang ramai yang tidak tahu keputusan itu.

"Saya pun tidak menyedari ramai kawan saya daripada kumpulan muzik lain turut dalam proses mendekati agama Islam dengan lebih mendalam.

"Namun kuasa Allah telah mempertemukan kami dan rakan-rakan lain sehingga tertubuhnya Al Mawlid," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album pertama mereka di sini pada Khamis.

Selain Amer yang ingin dikenali sebagai Abu Ibrahim dan Zaf, Al Mawlid turut dianggotai oleh Pot Amer (Innuendo), Azan Addin (Ruffedge), Lah Ahmad (V.E), Adib (Fabulous Cats) dan Ustaz Khyrel (Marjan)

Dalam pada itu, Amer berkata, mereka kembali rapat selepas sama-sama menghadiri kelas agama di sebuah masjid di Setiawangsa dekat sini.

Kata Amier, pada dasarnya mereka tidak berniat untuk menubuhkan kumpulan nasyid tetapi disebabkan minat mendalam terhadap seni menyebabkan mereka menukar keputusan itu.

"Muzik sebenarnya tidak salah cuma perlu kena dengan cara yang betul. Oleh sebab itu kami semua mengambil keputusan untuk kembali menyanyi tetapi dengan mengangkat muzik nasyid berserta niat yang baik," ujarnya.

Sementara itu, Amer berkata, album sulung mereka berkonsepkan Marhaban yang bertujuan menyemai rasa cinta masyarakat kepada Rasulullah S.A.W

Amer memberitahu, walaupun menyuntik elemen R&B dalam lagu mereka tetapi keaslian muzik nasyid masih dikekalkan.

"Sejujurnya penghijrahan kami bermula dengan rasa ingin mengenali Nabi Muhammad yang berjuang demi mengembangkan Islam dan melalui itu kita dapat belajar mengenai agama Islam secara keseluruhannya.

"Lagu-lagu dalam album ini berkisar mengenai kecintaan kami dan umat Islam terhadap Rasulullah yang keperibadian baginda sangat dikagumi," ujarnya.

Album berkenaan memuatkan lapan buah lagu iaitu Intro: Bacaan Al Quran dan Selawat, Mahalul Qiyam, Cahaya Seluruh Alam, Tholama, Menuju Ke Madinah, Doa Dari Mama (Interlude), Ingin Bersama Mu dan Cahaya Seluruh Alam (Minus One).

Album berkenaan telah pun berada di pasaran.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan