Pengacara Izatul Akmal Mampu Saingi Serina Redzuawan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Walaupun Izatul bukan nama besar dalam industri hiburan namun dia mempunyai kebolehan tersendiri selain mampu menghiburkan penonton.
Walaupun Izatul bukan nama besar dalam industri hiburan namun dia mempunyai kebolehan tersendiri selain mampu menghiburkan penonton.

KUALA LUMPUR: Pemilihan pengacara baru iaitu Izatul Akmal menggantikan Serina Redzuawan tidak akan menjejaskan populariti program Inspirasi Koko yang telah pun memasuki musim ke-6. Ia disiarkan menerusi TV2.

Penerbitnya Azlan Abdullah berkata, walaupun Izatul bukan nama besar dalam industri hiburan berbanding Serina namun wanita itu mempunyai kebolehan tersendiri selain mampu menghiburkan penonton.

"Saya yakin bahawa Izatul mampu mengekalkan penonton setia Inspirasi Koko, malah tarikan dalam celotehnya pasti dapat menambat penonton baru.

"Memang dia tak popular, tetapi bagi saya sesebuah program itu boleh berjaya walaupun tidak menampilkan selebriti popular," katanya.

Azlan yang juga pemilik Sazawan Supply Sdn. Bhd, itu ditemui selepas pelancaran program Inspirasi Koko di Restoran Sri Melayu, dekat sini, petang Khamis.

Inspirasi Koko merupakan sebuah program khas yang diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) yang bertujuan mendedahkan penonton mengenai kelebihan serta khasiat koko.

Program tersebut dibahagikan kepada dua segmen iaitu 'Kreatif Koko' dan 'Tirai Koko' di mana ia turut meliputi pengetahuan terhadap kegunaan, khasiat dan kebaikan buah itu.

"Untuk musim ini, kami juga akan ke 26 buah lokasi termasuklah sekolah-sekolah di mana golongan muda akan menunjukkan skil masing-masing dalam masakan yang membabitkan koko.

"Selain itu terdapat soalan kuiz di akhir rancangan bagi menguji keberkesanan program ini dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada penonton," ujarnya.

Program berbentuk majalah ini akan disiarkan bermula Ahad ini, pukul 5 petang.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan