AIM 19 : Noraniza Idris Gembira Etnik Kreatif Tidak Dimansuhkan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraniza Idris gembira apabila kategori Lagu Etnik Kreatif masih kekal pada Anugerah Industri Muzik ke 19.
Noraniza Idris gembira apabila kategori Lagu Etnik Kreatif masih kekal pada Anugerah Industri Muzik ke 19.

PETALING JAYA: Penyanyi irama etnik kreatif, Noraniza Idris gembira apabila Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19) mengekalkan kategori Lagu Etnik Kreatif Terbaik walaupun hanya dia yang menghantar pencalonan untuk kategori itu.

Noraniza bersyukur kerana mengambil keputusan menghantar lima pencalonan untuk kategori tersebut kerana beranggapan jika dia tidak berbuat demikian, besar kemungkinan kategori itu dimansuhkan.

"Sejujurnya saya tidak tahu hanya saya yang menghantar pencalonan untuk kategori itu kerana menyangka ada artis lain turut berbuat demikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.

AIM 19 akan diadakan pada 17 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini.

Tambah Noraniza, diharap dengan pengekalan kategori itu akan membuka lebih banyak mata artis tempatan dan penulis lagu untuk memartabatkan irama etnik kreatif yang menjadi lambang budaya masyarakat Malaysia agar ia tidak terhapus.

"Ini bukan soal saya dapat berapa pencalonan kerana apa yang penting kategori itu masih wujud dan diharap dapat membuka mata semua pihak bahawa keadaan muzik etnik kreatif semakin dilupakan sehingga tiada pencalonan lain dibuat.

Lima lagu Noraniza yang dicalonkan dalam kategori itu adalah Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya), Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya), Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya), Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) dan Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya).

Kesemua lagu itu dipetik daripada album terbaru penyanyi itu berjudul Nama Cintaku Satu.

Dalam pada itu, Noraniza berpendapat, lagu-lagu daripada genre tersebut kurang dihasilkan kerana kesukaran untuk melakukan promosi termasuklah di stesen radio tempatan.

Sementara itu, Noraniza memberitahu bersyukur kerana secara teknikalnya dia menjadi artis pertama telah memenangi AIM 19 tahun ini namun lebih teruja kepada penulis lirik dan pencipta lagu yang turut dicalonkan dalam kategori itu.

Katanya, secara dasarnya kategori itu mengangkat individu yang telah bertungkus lumus dari segi penulisan lirik dan penciptaan lagu dan kesemua mereka belum pernah mencipta lagu genre berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Noraniza sedang merancang untuk menghasilkan sebuah album yang mengumpulkan semua lagu dendangannya yang pernah menerima trofi AIM selain menyelitkan monolog berkaitan Rukun Negara.

Katanya, album itu juga akan menjadi bahan rujukan kepada generasi muda yang tidak terdedah kepada warisan negara.

"Saya akan menyusun monolog itu dan sesuaikan dengan lagu-lagu yang akan diselitkan dalam album itu nanti supaya dapat memberi pemahaman lebih tentang keunikan warisan dan lagu-lagu berirama Malaysia," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan