Mariah Carey Dimaki Nicki Minaj Dalam 'American Idol'

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

American Idol musim ke-12 menampilkan juri (dari kiri) Randy Jackson, Mariah Carey, Nicki Minaj dan Keith Urban. Manakala Ryan Seacrest (tengah) sebagai pengacaranya.
American Idol musim ke-12 menampilkan juri (dari kiri) Randy Jackson, Mariah Carey, Nicki Minaj dan Keith Urban. Manakala Ryan Seacrest (tengah) sebagai pengacaranya.

LOS ANGELES: Gara-gara tidak sependapat dalam pemilihan peserta ketika ujibakat program realiti popular American Idol (AI) di Charlotte, North Carolina, di sini pada Selasa, Nicki Minaj menengking Mariah Carey sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyanyi itu.

Nicki dan Mariah merupakan juri bagi program yang telah pun memasuki musim ke 12 bersama-sama dengan Randy Jackson dan Keith Urban.

Menurut laporan thesun.co.uk Nicky turut memaki dengan kasar terhadap penyanyi lagu Fantasy itu dengan mengancam mahu menendangnya keluar.

"Aku dah hilang sabar dengan kau. Setiap kali kau memandang rendahkan aku, aku abaikannya.

"Aku tak sanggup nak duduk di sini (kerusi juri) setiap minit untuk beri kau peluang mengganggu aku," kata Nicki.

Keadaan tersebut membuatkan penerbit program itu terpaksa membatalkan penggambaran uji bakat tersebut selain risau memikirkan bagaimana untuk mengekalkan kedua-dua selebriti tersebut sehingga program tersebut berkahir.

Di fahamkan, rasa tidak puas hati Nicki terhadap Mariah sudah lama dipendam apabila Mariah dikatakan memandang rendah terhadap bakat nyanyian Nicki.

Malah, beberapa laporan media mengatakan Mariah tidak senang dengan kehadiran Nicki dalam AI-12 kerana menganggap penampilan penyanyi lagu Starship itu mengubah konsep program pencarian bakat menjadi seperti pertunjukan sarkas.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan