Mizz Nina Kembangkan Karier Ke Australia

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mizz Nina akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Take Over di Melbourne dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu. - Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH
Mizz Nina akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Take Over di Melbourne dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu. - Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina bakal mengembangkan karier seninya di Australia pada hujung bulan ini selepas menjelajah ke Amerika Syarikat Januari lalu.

Mizz Nina, 30, berkata, dia akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Take Over di Melbourne dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu.

"Kita akan mulakan di Melbourne untuk melancarkan album Take Over sebelum menjelajah ke kawasan lain.

"Selepas Amerika Syarikat, saya berharap akan dapat di terima di Australia pula selepas ini," katanya kepada mStar Online selepas ditemui pada majlis pelancaran program Raikan Cinta dan Destinasi Cinta Bersama AirAsia di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Mizz Nina memberitahu kunjungannya ke Australia antara lain untuk mengintai peluang dengan melawat beberapa buah syarikat rakaman bagi membolehkan dia menerbitkan album di negara itu.

"Seperti mana yang saya lakukan semasa menjelajah ke Amerika Syarikat, saya akan melakukan perkara sama iaitu memperkenalkan muzik saya dan mendapatkan perjanjian rakaman," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mizz Nina berkata dia baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Summer Burning khas buat peminatnya.

Dia memberitahu, lagu tersebut dicipta oleh DJ Poet yang sering bekerjasama dengan kumpulan Black Eyed Peas dan Fergie.

"Single terbaru ini tidak terdapat dalam album Take Over dan ia adalah lagu baru khas untuk para peminat.

"Bagaimanapun jika mereka ingin mendapatkan album single ini mereka hanya perlu membeli barangan daripada label saya iaitu Mizz Nina dan ia akan diberikan percuma dengan setiap pembelian," katanya.

Peminat boleh melayari laman web www.mizzdemeanor.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina berkata dia dan suaminya, Noh (Hujan) akan berangkat ke Pulau Borocay, Filipina selama empat hari bermula Sabtu ini untuk penggambaran program Destinasi Cinta Bersama AirAsia.

"Saya sangat teruja dapat berbulan madu sekali lagi dengan suami dan berharap percutian ini akan memberi makna kepada kami," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan