Liam Hemsworth Bosan Dengan Miley Cyrus

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Miley dan Liam telah mengikat tali pertunangan mereka pada Jun lalu. Foto thehollywoodgossip
Miley dan Liam telah mengikat tali pertunangan mereka pada Jun lalu. Foto thehollywoodgossip

PADA Jun lalu, pasangan selebriti Liam Hemsworth dan Miley Cyrus membuat kejutan dengan berita pertunangan mereka.

Kini lain pula khabarnya apabila Liam dikatakan sudah mula bosan dengan kekasihnya itu.

Menurut laporan Dailymail, bintang filem The Hunger Games mula rimas dengan sikap keanak-anakan yang ditonjolkan Miley, lebih-lebih lagi apabila penyanyi berusia 19 tahun itu terlalu mendedahkan hubungan cinta mereka di Twitter.

"Sejak kebelakangan ini, Miley sering bercerita tentang hubungannya dengan Liam di Twitter dan ada beberapa entri yang menjelikkan Liam.

"Dia (Miley) terlalu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perhatian Liam, tetapi akhirnya ia membuatkan perhubungan mereka itu lebih jauh," kata sumber.

Sebelum ini, selepas berita pertunangan pasangan itu disebarkan, Miley pernah berkata tentang keinginannya untuk berkahwin secepat mungkin.

Bagaimanapun sehingga kini khabar angin pasangan itu akan berkahwin masih belum dapat dipastikan lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan