Norman Sifatkan Kejayaan Hantu Kapcai Sebagai Luar Jangkaan

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman gembira dengan pencapaian filem Hantu Kapcai yang berjaya mengutip RM2 juta di pawagam.
Norman gembira dengan pencapaian filem Hantu Kapcai yang berjaya mengutip RM2 juta di pawagam.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada Khamis lalu adalah diluar jangkaan.

Norman berkata, sambutan yang lembab terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini telah membuatkan berita tersebut sebagai sesuatu yang manis bukan sahaja untuknya malah membuka harapan kepada filem tempatan lain.

"Sejak akhir-akhir ini sambutan terhadap filem tempatan memang sukar dijangka tambahan pula dengan pelbagai pilihan dan lambakan filem di pasaran.

"Kejayaan Hantu Kapcai mengutip RM2 juta selama lima hari tayangan adalah satu kejayaan tersendiri selain membuka harapan baru buat industri perfileman secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang.

Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut.

Selain Remy, ia turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Fizz Fairuz, Izzue Islam dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Dalam pada itu, Norman menyasarkan filem berkenaan mampu mencapai kutipan sehingga RM5 juta sehingga tarikh akhir tayangannya di pawagam.

"Jika dapat RM5 juta itu adalah satu kegembiraan buat kami memandangkan faktor kelembapan filem tempatan yang agak teruk buat masa ini," katanya.

Sementara itu, Norman berkata, pihak Showbiz Productions sudah menyiapkan enam tajuk filem untuk pasaran tahun 2013 dan sedang merangka pelbagai projek pada masa hadapan.

Tambah Norman, anak syarikat KRU itu akan terus menfokuskan dalam pengeluaran karya tempatan berbanding KRU Studios yang menyasarkan kepada penerbitan filem bertaraf antarabangsa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan