K'Langit Tidak Kisah Dikatakan Kumpulan Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

K'Langit popular dengan lagu Sesal Mendua.
K'Langit popular dengan lagu Sesal Mendua.

PETALING JAYA: Kumpulan K'Langit yang popular dengan lagu Sesal Mendua menjelaskan tidak terlalu mengambil serius dengan pandangan masyarakat yang menyangka mereka sebagai kumpulan daripada Indonesia.

Salah seorang anggotanya, Haris, 24, berkata, mereka sudah cukup bertuah apabila lagu ciptaan Panji Sakti itu diterima ramai dan mengikut citarasa pendengar.

"Barangkali masyarakat mendengar melodi lagu Sesal Mendua mereka menyangka kami berasal daripada Indonesia tambahan pula ia dicipta oleh Panji Sakti yang memang berasal daripada sana.

"Bagiamanapun kita tidak kisah dengan tanggapan orang kerana yang penting masyarakat dan pendengar menerima muzik kami dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Haris atau nama sebenarnya Mohd Haris Muhamad (gitaris), K'Langit turut dianggotai oleh Mohamad Nor Hadre Ayub (Ary - vokal), 26 dan Mohd Izwan Ahmad Mahayuddin (Iwan - pemain bass), 26.

Dalam pada itu, Haris memberitahu mereka selesa dengan muzik yang dibawa kini dan memberitahu ia mengikut citarasa dan pasaran muzik tempatan.

"Pada sesetengah orang berpendapat lagu kami kedengaran seperti muzik kumpulan Indonesia tetapi secara dasarnya kami menghasilkan mengikut citarasa pendengar," ujarnya.

Sementara itu, Haris memberitahu, album pertama mereka yang berjudul K'Langit Dewi bakal berada di pasaran pada 8 Oktober depan yang memuatkan enam buah lagu.

Katanya, mereka juga akan melancarkan single ketiga mereka berjudul Dewi yang dicipta sendiri oleh ahli kumpulan K'Langit sebagai taruhan terbaru mereka.

"Alhamdulilah dua single terdahulu mendapat sambutan baik daripada peminat dan untuk lagu terbaru ini nanti kami memilih Dewi kerana ia adalah lagu ciptaan kami sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan